Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PRU13 bukan ‘tsunami Cina’ - Merdeka Center

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pilihan Raya 2013 bukanlah semudah “tsunami Cina” kerana ia menunjukkan peralihan besar masyarakat bandar berbilang kaum dan pengundi kelas menengah menentang Barisan Nasional (BN), kata Merdeka Center semalam.
Sinar Harian Online melaporkan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian mengatakan bacaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pilihan raya umum 5 Mei sebagai “tsunami Cina” tidak tepat kerana Melayu bandar turut mengundi untuk Pakatan Rakyat (PR).
“Terdapat persaingan di kawasan berpendapatan rendah dengan pendapatan sederhana manakala bandar dengan kawasan luar bandar,” Ibrahim dipetik sebagai berkata.
Penganalisis telah mengatakan kekalahan bersejarah BN dalam Pilihan Raya 2013 adalah disebabkan oleh gabungan tersebut kehilangan sokongan daripada kelas menengah dan pengundi bandar, mendalamkan lagi jurang bandar-luar bandar di negara ini.
Dalam kajian awal mengenai trend pengundian, penganalisis mengatakan walaupun terdapat peningkatan dalam sokongan Cina kepada PR, tsunami politik juga menyaksikan sokongan Melayu dari golongan menangah dan atas.
Ibrahim juga dilaporkan berkata hari ini beberapa kawasan juga menyaksikan BN menang tipis, bukti persaingan sengit diantara BN dan PR.
BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan.
BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR Ahad lalu. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013.

0 Komen pengunjong :