KUALA
LUMPUR 7MEI: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang
menggunakan istilah ‘Tsunami Cina’ diselar sebagai tidak
bertanggungjawab kerana menggunakan sentimen politik perkauman, kata
Tamrin Tun Ghafar.
Sebaliknya kata Tamrin, Najib dan para pemimpin Umno BN sepatutnya
menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan bukan mengeluarkan
kenyataan kesat yang menganggap masyarakat Cina tidak tahu membalas
budi.
“Umno BN mesti faham, majoriti pengundi Cina menolak mereka bukan
kerana membenci Melayu, tetapi mereka benci penyelewengan kuasa, rasuah,
amalan nepotisme yang mengayakan kroni sahaja.
“Tetapi faktor ini gagal dihayati oleh Umno BN malah mereka terus
meniup api perkauman dan menunjukkan perasaan benci yang tebal terhadap
pengundi Cina seperti yang berlaku dalam kempen pilihanraya lalu,”
ujarnya pada kenyataan.
Tamrin berkata, istilah perkauman Najib itu juga menunjukkan bahawa
konsep 1 Malaysia yang dilaungkan hanya retorik semata-mata tanpa
menghormati perasaan pengundi Cina yang juga pernah membantu kemenangan
Umno BN dalam PRU yang sebelumnya.
“Kalau Umno BN gagal hormat kepada masyarakat Cina, bagaimana mereka
mahu laksanakan ‘Perdamaian Kebangsaan’ terutama apabila MCA mengambil
keputusan menolak sebarang jawatan Exco dan kabinet ekoran kekalahan
teruk mereka.
“Cukuplah, Umno BN mesti berfikir matang dan bertindak secara siuman
kerana masyarakat Cina masih tahu mengenang jasa dan budi,” katanya.
Polis tahan kambing gemar kejar orang
3 hours ago
0 Komen pengunjong :