Kajian Unisel Ramal Pakatan Kekal Tadbir Selangor

pakatan selangor

PETALING JAYA 30 APRIL : Kajian Universiti Selangor (Unisel) mendapati 61.4 peratus daripada lebih 1,000 orang yang dibanci di Selangor menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat akan kekal mentadbir Kerajaan Negeri selepas pilihanraya umum ke-13.
Manakalan kajian yang melibatkan 1,015 responden berbagai umur, latar belakang pelajaran dan kerjaya itu mendapati 38.6 peratus menjangkakan yang BN akan menang dan mentadbir Kerajaan Selangor.
Kajian itu juga mendapati 50.6 peratus menjangkakan bahawa Pakatan akan menang dan mentadbir Putrajaya. Manakala 49.4 peratus responden percaya BN akan membentuk Kerajaan Persekutuan.
“Kajian Impak Program Kerajaan Terhadap Pola Pengundian Di Selangor Menjelang PRU13” oleh Unisel itu dibuat antara 1 Februari hingga 31Mac lalu.
Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis Dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel berkata, kajian tersebut menjurus kepada membincangkan perkembangan semasa politik Malaysia selain memahami persaingan pada PRU13.
Kajian itu mendapati golongan pekerja swasta menjangka PR untuk terus mentadbir Selangor (64.2 peratus) serta Kerajaan Persekutuan (53.8 peratus) berbanding BN (35.8 peratus dan 46.2 peratus).
Golongan penjawat awam turut menjangkakan Pakatan terus mentadbir Selangor dengan 57.6 peratus berbanding 42.4 peratus untuk BN.
Ini berbeza bagi peringkat Persekutuan, di mana 56.2 peratus responden yang bekerja di dalam Kerajaan menjangkakan BN akan memerintah negara berbanding Pakatan (43.8 peratus).
Kajian turut mendedahkan golongan pengundi berusia 21 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun menjangkakan Pakatan di peringkat Selangor sebanyak 60.5 dan 65.4 peratus berbanding BN (39.5 dan 34.6 peratus).
Golongan sama memberi respon serupa bagi pentadbiran peringkat  persekutuan dan Selangor dengan PR (51.4 dan 55.2 peratus) mengatasi BN (48.6 dan 44.8 peratus).
Responden yang berkelulusan diploma dan ijazah (66.9 peratus) menjangka Pakatan untuk menguasai Selangor dan Persekutuan (54.1 peratus).
Ia berbeza dengan pemegang sarjana dan PhD di mana mereka menjangkan Pakatan akan terus mentadbir Selangor tetapi 55.2 peratus menjangkakan BN akan mentadbir Persekutuan

0 Komen pengunjong :