Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Che Johan tipu penyokong sendiri - Nik Amar

PENGKALAN CHEPA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) Johan Che Pa yang tidak menghantar borang pencalonan sebagai menipu penyokong sendiri.

Menurut Amar, andainya pada penyokong boleh khianat, apa lagi pada rakyat di bawah lagi senang untuk ditipu.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas calon BN itu yang hanya hadir sebagaimana calon PRU 13 yang lain, sebaliknya tidak menyerahkan borang pencalonannya.

Beliau juga turut menyifatkan ianya sebagai petanda kekalahan BN yang  akan hilang satu kerusi di negeri ini kerana amalan politik kotor di kalangan ahli dan penyokong sendiri.

“Nasihat saya pada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.

“Mereka nak undi siapa, Datuk Ibrahim Ali bukan calon mereka, tetapi Bebas.

"Orang bukan main lagi berarak beramai-ramai untuk memberi sokongan, tetapi sanggup dia tidak menyerahkan borang,”ujarnya.

Menurutnya, bagaimana Umno ingin mempertahankan negara sekiranya calon sendiri tidak menyerahkan borang pencalonan.

“Kalau penyokong dia sendiri boleh dia tipu, apa lagi rakyat di bawah, lagi senang nak tipu. Parti macam ni ke nak bagi harapan memerintah negara,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berkata, wanita Umno juga tidak berpuas hati apabila pimpinan tertinggi parti itu tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU.

Jelasnya, Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim telah istihar keluar Umno dan melepaskan semua jawatan untuk bertanding bebas sebagai bukti Umno juga tidak menghargai sayap kiri perjuangan parti itu.

0 Komen pengunjong :