KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak menjawab pendedahan sebuah pertubuhan bukan kerajaan
antarabangsa, melalui video, yang mendakwa ahli keluarga Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakannya berkenaan industri
pembalakan di negeri itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang
bertanggungjawab, adalah mustahil bagi Najib boleh berdiam diri dalam
isu ini.
"Beliau mesti memberi ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.
"Kami berharap perdana menteri memberi respons segera mengenai perkara
ini," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR
di sini, sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Anwar mendakwa, perkara itu adalah serius memandangkan
badan antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa
dan jumlah dana yang dikumpulkan oleh Taib serta keluarganya.
"Najib tidak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri
terutamanya selepas beliau mendiamkan diri berkaitan penubuhan
Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pencerobohan di Lahad Datu.
"Ini adalah isu yang akan membuatkan pihak pembangkang akan terus ketengahkan," katanya.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula membidas kerana Najib
tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak selepas
pilihan raya negeri 2011.
"Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal mengotakan janji.
"Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada
perdana menteri termasuk bekas perdana menteri yang pernah perintah
negara selama 22 tahun," katanya
0 Komen pengunjong :