Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Mengapa sumpah jawatan PM Najib secara rahsia?


PETALING JAYA: Bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman, Datuk Mat Zain Ibrahim meggesa  Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa menjelaskan tiga perkara yang menyebabkan beliau menyoal sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam sepucuk surat terbuka kepada Ali, Mat Zain menjelaskan tiga perkara tersebut iaitu kesahihan sumpah jawatan Najib sebagai Perdana Menteri yang dibuat secara rahsia, nama Najib yang berlainan dan status kerajaan yang memerintah selepas 8 Mac 2013.
“Najib telah mengangkat sumpah jawatan,taat setia dan sumpah simpan rahsia menggunakan bentuk sumpah yang lain daripada yang ditetapkan dalam Jadual Ke-6 Perlembagaan.
“Di sinilah timbul persoalan sama ada Najib layak menjalankan fungsi-fungsi jawatan Perdana Menteri memandangkan sumpah beliau tidak mengikut perlembagaan.
“Jika dalam lain-lain perkara, Najib bertegas untuk mengikut perlembagaan, mengapakah pula dalam perkara penting, iaitu mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia beliau enggan mengikut bentuk sumpah yang telah ditetapkan semenjak wujudnya perlembagaan itu?
“Jika semua Menteri dan Timbalan Menteri boleh lakukan,mengapa tidak beliau?.
“Secara peribadi saya menyatakan bahawa sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia yang diikrarkan oleh Najib pada April 2009 tidak memenuhi ketetapan perlembagaan. Oleh demikian beliau tidak layak atau berkuasa menjalankan apa-apa fungsi jawatan Perdana Menteri atau melaksanakan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang lain kepada seorang Perdana Menteri,” kata Mat Zain dalam surat tersebut.
Najib ada 3 nama
Mat Zain turut menyoal kewujudan tiga nama Perdana Menteri ekoran tindakan Najib yang menggunakan nama Muhammad di hadapan namanya.
“Ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai PM ke-6 pada April 2009,dengan lafaz Wallahi,Wabillahi,Watallahi, beliau menyebutkan nama beliau dengan terang dan jelas sebagai Muhammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
“Semasa mengikrarkan affidavit-affidavit pada September 2011, beliau menegaskan nama beliau sebagai Najib bin Tun Haji Abdul Razak dengan menggugurkan nama Muhammad dari nama beliau.
“Sementara ketika menandatangani Ikrar Integriti PRU-13 pada Februari 2013 pula,beliau memberikan nama beliau sebagai Najib Razak sahaja, dengan menggugurkan nama “Muhammad” dari nama beliau dan nama “Abdul”dari nama allahyarham bapa beliau.
“Isteri Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor pula, mengikrarkan dalam affidavit berasingan pada 21 September 2011, bahawa nama suami beliau ialah, Najib bin Tun Hj.Abdul Razak.Dengan demikian itu mengesahkan nama suami beliau tidak ada nama Muhammad atau Mohd.
Mat Zain turut menyoal status kerajaan persekutuan yang dibentuk pasca pilihan raya umum Mac 8, 2008 kerana tempoh lima tahun kerajaan telah tamat minggu lepas.
Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun selepas mandat.

0 Komen pengunjong :