UMNO sudah tidak ada yang berkepimpinan lagi

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/mugshots/mahathir-mohamad-feb1.jpg

Anwar Ibrahim menafikan tuduhan Dr Mahathir yang beliau (Anwar) terlibat secara terus dalam pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram untuk mendapatkan undi dalam pilihanraya negeri 1994 dahulu. Dr Mahathir menyatakan yang beliau tahu Anwar terlibat secara terus dalam pembahagian kad pengenalan itu walaupun beliau tidak dapat membuktikannya.
Saya setuju dengan pendapat Dr Mahathir yang beliau tidak ada bukti tentang penglibatan Anwar dalam isu itu kerana sememangnya Anwar tidak terlibat kerana jabatan pendaftaran negara tidak terletak di bawah jagaan Anwar. Anwar tahu yang Kementerian Dalam Negeri merupakan Kementerian yang bertanggungjawab keatas isu ini dan Dr Mahathir adalah Menteri nya dan Megat Junid, Timbalan nya.
Dalam pemberitahuan oleh bekas pengarah immigresen, Ramli beliau diarahkan untuk mengeluarkan resit dengan nombor yang sesuai dan bertepatan dengan nama dalam pendaftar pengundi. Megat Junid yang merupakan timbalan kepada Dr Mahathir yang juga Menteri Dalam Negeri semasa itu adalah orang kuat Dr Mahathir dan beliau dibantu oleh Setiausaha Politik beliau, Aziz Shamsuddin, untuk urusan pemberian kad pengenalan itu.
Seperti biasa Dr Mahathir akan memilih untuk mengalihkan tuduhan itu kepada orang lain termasuk Anwar Ibrahim. Dr Mahathir sememangnya sifat beliau begitu. Beliau yang selalu membaling batu kepada rakan-rakan politik beliau dan akan menyorokan tangan beliau yang membaling batu itu. Beliau yang membuatkan Datuk Hussein Onn menarik diri kerana Mahathir jugalah yang meletakkan Sulaiman Palestin untuk menentang Hussein semasa beliau (Mahathir) menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Akhirnya yang menerima cercaan ialah Sulaiman Palestin sedangkan Dr Mahathir menyorokan tangan jahatnya dan terus mendapat mengambilalih jawatan yang dipegang oleh Hussein Onn sebagai Perdana Menteri. Tidak ada seorang pun pemimpin yang seiringan dengan beliau tidak mendapat musibah dari tindakan politik beliau yang tidak jujur itu.
Akhirnya semua rakan-rakan seangkatan dengan beliau tumpas bergelimpangan dan hanya beliau seorang yang kekal terpacak dalam kepimpinan UMNO dan beliau menggantikan mereka yang tumpas itu dengan barisan baru yang beliau boleh lakukan sebagai burung balam itu. Maka mudah bagi Dr Mahathir untuk membina budaya ampu mengampu tanpa had kerana mengampu itu merupakan cara menaikki tangga ke kuasa dengan mudah tanpa perlu membina kepimpinan yang sangat diperlukan oleh rakyat dan negara.
Justeru negara kehilangan kepimpinan kerana Mahathir tidak menumpukan untuk membina kepimpinan selepas beliau. Beliau hanya memberikan tumpuan untuk kekal dalam kuasa tanpa memikirkan elemen terpenting iaitu pembinaan kepimpinan masa depan untuk negara. Apabila beliau meninggalkan jawatan, maka negara kehilangan dan kepupusan kepimpinan dan inilah yang kita hadapi sekarang.
Apa yang ada hanyalah kumpulan yang dijadikan pemimpin tetapi tidak memahami kenapa mereka berada di pesada  kepimpinan itu. Mereka merupakan kumpulan pemimpin yang keliru kerana mereka tidak tahu samada mereka berada diatas itu kerana kepimpinan mereka atau kerana hasil pengampuan itu.
Apabila negara berada dalam keadaan sekarang maka mereka menyalahkan orang lain. Mahathir hanya memberikan fokus untuk menyalahkan dua orang manusia yang beliau benci, itu Anwar dan Abdullah Badawi. Beliau tidak juga nampak kesalahan beliau sendiri. Abdullah disalahkan kerana mewarisi kerajaan yang lemah sedangkan Abdullah itu sendiri adalah orang yang beliau naikkan menjadi pengganti beliau.
Jika orang ramai di tepi jalan pun merasakan jika Abdullah mengambil tempat Dr Mahathir negara akan kecundang, takkan lah Mahathir yang dianggap pemimpin besar semasa itu tidak tahu yang Abdullah terlalu lemah dan akan dipersoalkan oleh rakyat ramai. Saya selalu menyebut isu ini selalu kerana disebabkan Mahathr lebih menjaga kepentingan peribadi dari negara ia telah menyebabkan negara tidak lagi mempunyai seorang pun yang dianggap sebagai ‘material’ sebagai Perdana Menteri di kalangan pimpinan UMNO itu.
Oleh kerana terlalu tertumpu memperkuatkan diri untuk menjadi kuat dalam UMNO maka beliau tidak menyedari yang orang yang berkepimpinan berada di luar kabinet dan Majlis Tertinggi UMNO atau pun berada di dalam parti pembangkang. Rakyat yang telah sedar kepupusan kepimpinan dalam parti pemerintah ini telah tercari-cari mereka yang berkepimpinan maka mereka mengikut di mana sahaja dan siapa sahaja yang boleh memberikan keyakinan untuk memberikan kepimpinan kepada mereka yang ramai ini. Justeru mereka mengikut pembangkang kerana yang berkepimpinan itu berada di sebelah pembangkang itu.
Oleh itu pembangkang sepatutnya menjadi pilihan ramai kerana yang berkepimpinan semuanya berada di pihak pembangkang. Yang ada di dalam UMNO itu hanyalah merupakan ahli-ahli politik yang juga ahli-ahli peniaga dan sebahagian mereka itu semuanya berada di dalam kabinet kerajaan hari ini.
Negara perlukan kepimpinan.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

0 Komen pengunjong :