Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tu dia !!!!!!!!!!!! BN bawa penyanyi ‘Psy’ ke sambutan Tahun Baru Cina P. Pinang


GEORGE TOWN — Pembangkang Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang bakal mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di padang sekolah Han Chiang pada 11 Februari ini, mengikuti langkah kerajaan negeri DAP yang turut mengadakan himpunan besar-besaran di lokasi yang sama sebelum pilihan raya 2008 lalu. Bagi menarik orang ramai, BN akan membawa penyanyi terkemuka "Gaya Oppa Gangnam", Psy ke rumah terbuka dan dijangkakan dihadiri lebih 60 ribu tetamu termasuk pengerusi BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Penyanyi berasal dari Korea Selatan tersebut akan menyanyikan lagu fenomena hebat semasa acara tersebut. Klip video tersebut telah dimuat turun lebih 1.29 bilion kali di laman YouTube sejak ia dimuatkan Julai tahun lalu.
Rumah terbuka tersebut akan bermula jam 10 pagi hingga 1 petang dan merupakan salah satu strategi utama BN untuk memenangi semula negeri perindustrian dan pelancongan di utara Malaysia itu.
Semasa kempen pilihan raya 2008, padang sekolah Han Chiang menyaksikan ceramah terbesar anjuran DAP yang dihadiri ribuan rakyat di Pulau Pinang.
Selepas itu, DAP dan rakan parti komponennya berjaya menakluk Pulau Pinang daripada BN, menyaksikan Umno sebagai parti tunggal dalam pembangkang dengan hanya 11 kerusi daripada 40 kerusi dewan undangan negeri.
The Malaysian Insider difahamkan rumah terbuka Tahun Baru Cina merupakan salah satu langkah yang akan diambil oleh pengerusi negeri BN Teng Chang Yeow untuk cuba memenangi semula Pulau Pinang pada pilihan raya tahun ini.
Dalam temubual dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Teng berkata BN aka cuba fokus untuk mempelbagaikan ekonomi negeri terutamanya pelancongan, sambil mendakwa kerajaan BN sebelum ini yang telah berkempen untuk pengiktirafan status Tapak Bersejarah Dunia UNESCO di Georgetown dan pembesaran lapangan terbang negeri.
Kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa pembubaran dewan negeri sebaik Najib memanggil pilihan raya tahun ini. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat akan berakhir pada 2 Mei, empat hari selepas mandat kerajaan pusat BN berakhir.
Najib telah memberikan isyarat pilihan raya sudah semakin hampir dengan partinya Umno sudah mengarahkan semua cawangan membukan bilik gerakan bermula semalam.
Sejumlah 13.3 juta pengundi berdaftar akan membuang undi mereka pada pilihan raya kali ini bagi merebut 222 kerusi pusat dan 505 kerusi dewan negeri di 12 negeri bersama tiga kawasan Persekutuan.
Sarawak telah mengadakan pilihan raya pada tahun lepas.

0 Komen pengunjong :