Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Khalid Samad – Gugur Nasha keputusan wajar


SHAH ALAM: Penguguran bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa sebagai ahli majlis syura disifatkan sebagai wajar berdasarkan perbincangan dan keputusan yang telah diputuskan oleh jawatankuasa terbabit.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata majlis syura tidak mengambil ringan dalam keputusan membabitkan Nasha kerana ia membawa pelbagai reaksi umum.
Maka beliau menasihati Nasha  menerima baik keputusan majlis syura tersebut.
“Semua soal tidak dipandang remeh. Memandangkan keputusan seperti ini (penguguran) banyak memberi tindak balas dan reaksi berbeza bukan dari ahli PAS,tapi mereka yang ikuti dan tak faham isu sebenar.
“Umum melihat keputusan ini dibuat selepas beliau balik dari rombongan ke Gaza bersama Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
“Sedangkan sepatutnya 13 januari (waktu mesyuarat) itu beliau patut hadir juga. Keputusan dibuat sebelum beliau pergi ke Gaza.
“Bila majlis syura buat keputusan kita terima dengan baik. Soal surat lambat keluar itu hal majlis syura. Tapi soal mengapa majlis syura tidak umum keputusan pada hari yang sama (13 Januari) kerana mereka perlu selesaikan isu kalimah Allah pada masa itu,” jelas beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Selangor.
Akan bertanding
Majlis syura membuat keputusan penguguran itu pada 13 Januari lalu, kerana Nasha didakwa melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan seperti tidak menghadiri mesyuarat.
Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding di kerusi parlimen Shah Alam, beliau memberi reaksi positif mengenainya.
Ujar beliau kerusi tersebut akan ditandingi beliau pada pilihan raya umum ke-13 yang menunggu tarikh untuk diadakan.
“Setakat ini kita akan bertanding. Namun keputusan muktamad mengenai calon hanya akan diumumkan PAS pusat pada hari penamaan calon,” katanya.
Pada PRU-12 2008 lalu,Khalid mengalahkan calon dari Barisan Nasional iaitu Tan  Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.
Beliau memperoleh 33,356 undi berbanding lawannya yang menerima 24,042 undi.

0 Komen pengunjong :