Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Gelombang terkuat dalam sejarah tukar k’jaan Sabah

Anwar

SABAH 23 FEB: Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, kata
bekas pemimpin Umno negeri itu.
Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau
yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang ‘Ini Kalilah’ tidak dapat disekat oleh Umno.
“Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.
“Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya)  pada 1985 pun tidak sekuat ini,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILAN
ketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.
Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa  obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman di
Sabah.
“Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka.
“Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja,” katanya.
Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN.
“Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.
Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalam
KEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikan
pembakar semangat untuk menghumbankan Umno.
Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat.
“Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja,” katanya.
Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah.
“Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN.
“Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyak
yang dibongkar untuk kebaikan rakyat,” katanya.

0 Komen pengunjong :