Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Sekat mahasiswa bukti kerajaan mahu kekal berkuasa


KUALA LUMPUR : Pengerusi Biro Pendidikan KEADILAN, Abbas Awang berkata, tragedi KS Bawani bukti kerajaan Umno BN mahu kekal berkuasa dengan menyekat kebolehan anak muda yang kritis walaupun pandangannya baik untuk kemajuan negara.
Selain dihalang meneruskan pendapat tentang isu pendidikan percuma, mahasiswa jurusan undang-undang itu juga dimalukan oleh Pengerusi Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dalam forum mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).
Abbas menganggap sikap angkuh Sharifah itu tidak beradab dan tidak profesional malah membantutkan pemikiran pelajar.
“Dua aspek perlu dinilai dalam tragedi ini. Pertama, hilangnya adab dalam diri pemimpin seperti beliau (Sharifah). Mengapa angkuh dengan pelajar tersebut sedangkan itu bukan sikap profesional? Ini menunjukkan pimpinan Umno BN mundur ketika berdepan dengan perbezaaan pendapat. Ia akan merugikan masa depan negara.
“Kedua, ruang kebebasan berpendapat perlu diberikan secukupnya. Dengar dengan baik semua hujah berkenaan dan jika tidak bersetuju, bawalah berbincang,” katanya kepada Keadilan Daily.
Kata Abbas, tragedi itu bukan melanda universiti sahaja tetapi semua sektor termasuk peringkat kampung.
“Dalam sektor kerajaan, penjawat awam tidak boleh memberi pandangan berbeza dengan kementerian. Begitu juga di kampung. Jika tidak, mereka terpaksa hadapi pelbagai hukuman atau sekatan bantuan,” jelasnya.
Ditanya mengenai pimpinan Umno BN yang rata-rata menjarakkan diri dengan Sharifah ekoran tindakannya ke atas Bawani, Abbas berkata, hal ini jelas membuktikan mereka bersikap ‘eskapisme’ bila berdepan masalah dan membuktikan parti itu berjuang atas slogan “Diri Didahulukan”.

0 Komen pengunjong :