Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polis tolak bedah siasat kedua, penyokong Sugumaran akan berhimpun di KDN


KUALA LUMPUR — Polis menolak bedah siasat kedua dijalankan walaupun didesak keluarga pengawal keselamatan C Sugumaran menyebabkan mereka akan mengadakan perhimpunan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang esok, dan di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya 4 Februari ini. Menurut peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran, keengganan pihak polis membenarkan bedah siasat kedua menunjukkan pihak polis cuba melindungi mereka yang didakwa membunuh lelaki berusia 39 tahun itu.
"Selepas berbincang dengan Superintendan Mokhtar dan ACP Ramli, polis menolak post-mortem kedua, dan untuk mengubah status siasatan kepada kes bunuh. Polis masih mahu mengadakan inkues.
"Ini jelas satu tindakan yang mahu menutup kebenaran dan melindungi pembunuh," kata Surendran dalam sidang media selepas perbincangan dengan pihak polis di Bukit Aman hari ini.
Sebelum itu 50 penyokong keluarga Sugumaran berhimpun sejak 10 pagi menuntut polis benarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas kematian beliau.
Menurut Surendran, pihak keluarga mahukan penjelasan dari pihak polis mengenai kejadian tersebut, tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga empat jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke Bukit Aman.
"Mereka menuntut supaya wakil Ketua Polis Negara untuk turun ke bawah, tetapi polis enggan, dan mereka mahu 20 orang, yang terdiri daripada peguam, saksi dan ahli keluarga, tetapi polis hanya membenarkan lima orang ke dalam Bukit Aman," kata naib presiden PKR itu.
Selepas perbincangan dengan pihak polis, akhirnya pihak polis membenarkan 15 orang untuk masuk ke dalam ibu pejabat bagi membincangkan tentang tuntutan mereka untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua.
Surendran turut mengatakan bahawa satu majlis memperingati Sugumaran akan diadakan di hadapan ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 8 malam, dimana mereka akan membawa keranda dan lilin sebagai tindakan simbolik mengatakan pihak polis melindungi pembunuh Sugumaran.
"Pada 4 Februari, akan berhimpun beramai-ramai di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, dan kita tuntut (Datuk Seri) Hishamuddin untuk memandang serius isu ini," kata Surendran lagi.
Turut hadir ialah ahli keluarga Sugumaran dan saksi yang melihat kejadian Sugumaran dipukul, dimana menurut saksi yang enggan namanya diketahui itu mangsa dipukul oleh empat orang anggota polis dan 20 orang ramai yang dikatakan semua berbangsa Melayu.
"Bagaimana mereka menolak post mortem kedua sedangkan ada saksi yang melihat polis memukul Sugumaran hingga rebah," kata Latheefa Koya, seorang lagi peguam keluarga Sugumaran.
Semalam, keluarga beliau dilaporkan menolak cadangan polis untuk mengadakan inkues dan mahu dakwaan bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Polis berkata mereka kekurangan bukti untuk melancarkan siasatan pembunuhan tentang kematian Sugumaran, dan mahu pihak saksi tampil ke hadapan membantu polis menjalankan siasatan.
Khamis lalu, saksi mendakwa anggota polis menggari lelaki berusia 39 tahun itu sebelum memukul beliau sehingga mati bersama 20 orang berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat Rabu lalu.
Polis mendakwa mereka menggari Sugumaran dengan bantuan 10 orang ramai, dan beliau kemudian meronta-ronta selepas mengamuk dengan batang besi, dan menegaskan tiada sesiapa yang menyerang beliau.

1 comment :

  1. kalau awak tak bersalah bagilah beratus kali bedah siasat pun, apa yang nak ditakutkan, tak payah nak halang. ini akan menjadi lebih rumit dgn bantahan dr keluarga mangsa.

    ReplyDelete