Keajaiban
dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Tengku Razaleigh Hamzah merupakan
tokoh politik Umno yang berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS di era
pemerintahan Datuk Asri Haji Muda. Putera raja berjiwa rakyat itu
menggunakan pengaruh, kekuatan, kebijaksanaan dan tipu daya yang licik
akhirnya pada tahun 1978 kerajaan PAS Kelantan tumbang setelah
memerintah selama 16 tahun. Lalu putera raja itu disanjung sebagai wira
penyelamat Kelantan.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa
ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21
Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau
akrab Ku Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang
bangsawan itu keluar Umno kerana berselisih faham dengan Presiden Umno
ketika itu Dr Mahathir Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat
46, kemudian membentuk gabungan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan
Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno BN. Gelombang tsunami
politik Kelantan yang ditiup Ku Li itu memberi pikulan KO kepada Barisan
Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan
pendukung PAS menyerang kembali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak
jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan
awal Anwar ialah merampaskan Dun Semerak dari tangan PAS dalam satu
pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang ada pada Anwar bisa
mengancam masa depan politik PAS.
Keajaiban dalam perjuangan
Islam sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali
bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan
Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam
Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda. Dan sekarang sedang
menuju destinasi idaman, Putrajaya.
Keajaiban dalam perjuangan Islam insya Allah akan berlaku lagi selepas ini!
assalamualaikum incek razali.
ReplyDeleteartikel yang sangat baik dan memberi semangat.
tahniah saya ucapkan berserta terima kasih.
islam itu sentiasa menang, walau apa pun dugaannya.
apabila diuji itu hanya sekadar nak menguji kesabaran orang2 yg berjuang dengan sabar.
Alhamdullilah
terjumpa satu blog baru pr yg best :http://astanakandis.blogspot.com/
kalau dapat di linkkan sangat di hargai, supaya mudah saya kesana dan kemari.