KAMI anggap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak cukup
jantan kerana tidak mampu menjawab tuduhan ke atasnya mengenai
pembongkaran ahli perniagaan Deepak Jaikishan membabitkan kes pembunuhan
wanita warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.
Atau, Najib menunggu masa untuk bersumpah menjunjung kitab suci
al-Quran seperti yang dilakukan Saiful Bukhari dalam masjid kemudian ke
Makkah mengerjakan umrah seperti Shahrizat setelah kesnya meletup
Manusia bernama Deepak ini menggemparkan Malaysia apabila beliau
mengaku bahawa dirinya diperalatkan pihak tertentu untuk memujuk atau
menakut-nakutkan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam supaya
menandatangani akuan bersumpah (SD) kedua yang mana akuan bersumpah
pertama mempunyai dakwaan mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu.
Malang sekali, Perhimpunan Agung UMNO ke-66 berlalu begitu saja
dengan meninggalkan persoalan maha penting. Najib sekadar berselindung
di balik segala doa dan sumpah yang dilafaz sedangkan rakyat sudah lama
menanti jawapan.
Ketidakmampuan Najib membersihkan namanya hanya menjadikan buah
silatnya canggung di mata biarpun berdegar-degar sumpah membela bangsa
dilaung, biarpun berdegar-degar musuh politiknya dihamun.
Antara Najib dan Anwar
Ramai tertanya-tanya. Kenapa orang nombor dua dalam parti dan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak membela bosnya Najib.
Kemudian, dengan tiba-tiba pula muncul Menteri Pertahanan merangkap
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menawar diri untuk menjawab
dakwaan yang dibuat ahli perniagaan Deepak Jaikishan itu.
Adakah Muhyiddin sengaja membiarkan bosnya tenggelam dalam tuduhan
yang makin mencengkam urat lehernya kerana sememangnya mereka berseteru.
Tetapi, bila diimbas kembali, lain pula halnya apabila Datuk Seri
Anwar Ibrahim dituduh yang “bukan-bukan”. Beliau pantas menjawab dan
berhujah, menepis dan menbalas.
Biarpun tidak sudah-sudah ditonyoh dengan pelbagai soalan jahat
wartawan, biarpun terus-menerus difitnah cyber trooper upahan UMNO-BN,
beliau tidak lari malah lebih bersemangat.
Seperti orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Lantas,
dengan segala kudrat dan semangat yang dianugerah Allah Subhanata’ala,
berjelajahlah Anwar ke seluruh ceruk rantau bertentang mata dengan
sekalian umat Malaysia menjelaskan perihal tuduhan jahat yang didakwa ke
atasnya. Inilah ciri-ciri peribadi pemimpin yang kita mahukan. Lantang,
berani, tabah dan istiqamah.
“Kalau Najib jujur, beliau harus rela disiasat”-Lim Kit Siang
Bagi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Najib sepatutnya menjawab
dakwaan itu di dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO
ke-66.
Ini kerana dakwaan Deepak membabitkan Najib dan keluarganya. Kata
Deepak, beliau sudah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan supaya
Perdana Menteri sendiri campur tangan membabitkan satu projek
Kementerian Pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib
selaku Menteri Pertahanan.
Jelas Kit Siang, “Deepak juga meluahkan kekesalan membabitkan diri
dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam
membuat Pengakuan Bersumpah kedua, menarik balik Pengakuan Bersumpah
pertama yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya,
“Dalam satu wawancara, Deepak mengatakan beliau terbabit dalam kes Bala untuk membantu “keluarga Perdana Menteri”. jelasnya.
“You help me, I help you”- Najib Razak
Rakyat Malaysia dan dunia sedang ternanti-nanti. Orang di Mongolia sudah lama menanti detik kebenaran.
Di sebalik ketakutan Najib membela dirinya, adakah pembongkaran
Deepak sekadar mencerminkan kata-kata sakti Najib yang berbunyi “I help
you, you help me”?
Apapun, ketika rakyat Malaysia semakin memahami dan matang berpolitik,
pemimpin UMNO tidak boleh lagi selamat dengan mainan sentimen kaum dan
agama kerana keadilan dan kebenaran melangkaui segalanya.
Najib yang terkenal dengan pelbagai slogan dan dasar harus
membuktikan kata-katanya demi memartabat semula institusi awam yang
sudah rosak atau segala dasar dan transformasi beliau sekadar
transformasi basi.
Bagi Lim Kit Siang, jika Najib bersedia menyerahkan dirinya untuk
disiasat secara menyeluruh dan bebas ke atas skandal membabitkan Deepak,
Bala dan Altantuya, maka permohonan maafnya di dalam ucapan dasarnya
bagi pihak kepimpinan UMNO atas sebarang “kesalahan” atau “kekhilafan”
adalah jujur dan bermaruah.
Tetapi sehingga kini Najib tidak berani membela dirinya sendiri. Bak
kata pepatah, pantang laksamana Melayu undur mengalah. Alang-alang
menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Tapi nampaknya Najib
terbukti tidak cukup jantan untuk bergelar laksamana, penjaga pintu
istana pun belum tentu.
-/Roketkini.com
0 Komen pengunjong :