Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

MyWatch persoal keperluan pegawai perhubungan PDRM Hishammuddin


KUALA LUMPUR — NGO pemerhati jenayah MyWatch hari ini menyeru Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjelaskan keperluan Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohamad sebagai pegawai perhubungannya bagi Polis Di Raja Malaysia (PDRM).
MyWatch mengatakan Hishamuddin mempunyai seorang pegawai perhubungan dengan jawatan Timbalan Penguasa Polis (DCP) membolehkan Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan arahan langsung bagi pasukan polis, tanpa melalui Ketua Polis Negara (IGP).
“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan PDRM tanpa menyampaikan arahan secara terus kepada IGP.
“Ini juga satu lagi bentuk pembaziran sumber polis dan tidak produktif,” kata Pengerusi MyWatch dalam satu kenyataan di sini.
Menurut MyWatch, pembantu Perdana Menteri (ADC) hanya berpangkat Timbalan Penguasa Polis, (ACP), tetapi Wan Ahmad Najmuddin diberikan pangkat yang lebih tinggi, dan pendapatan setaraf dengan Ketua Polis (CPO), Pegawai Penyiasat Jenayah (OCCI) atau Ketua Polis Daerah (OCPD).
NGO itu turut melahirkan kekecewaannya dengan aduan-aduan yang dikemukakan kepada Hishammuddin melalui akaun Twitter @HishammuddinH2Onya yang hanya dihantar ke akaun @tok_we Wan Ahmad Najmuddin yang mana jarang sekali pernah digunakan.
Minggu lepas, MyWatch mengatakan terdapatnya penglibatan pegawai-pegawai polis atasan dalam aktivit pengubahan wang haram, judi haram, pelacuran, penyelenggaraan taruhan bola sepak dan mempunyai hubungan langsung dengan tokoh-tokoh dunia penjenayah.
Malah, mereka juga turut mempersoalkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang hanya mendiamkan diri apabila berhadapan dengan bukti salah laku kumpulan yang mana jelas kumpulan itu akan menyediakan bukti kepada pihak berkuasa.
“Mengapa harus beliau memilih untuk berdiam diri, dan kenapa beliau tidak bertindak ke atas pegawai yang rasuah?” kata Sanjeevan.
MyWatch pertama kali muncul di media apabila penaungnya, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa beberapa menteri dan ahli-ahli politik, termasuk Hishammuddin memberikan arahan langsung kepada pasukan polis.
Berikutan pendedahannya, Musa dan kumpulan telah dikritik oleh beberapa bekas tokoh awam termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial  (CCID) Datuk Ramli Yusuff, bekas panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Robert Phang, dan bekas ketua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Datuk Mat Zain Ibrahim.

0 Komen pengunjong :