Khairy tak bayar hutang dibiarkan, tapi mahasiswa disenarai hitam

“Jika Khairy boleh bebas tanpa bayar hutang jutaan ringgit, kenapa
mahasiswa yang menganggur disenarai hitam kerana tidak mampu membayar
hutang PTPTN,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang turut
dikenali sebagai CheguBard.
Beliau sebelum ini meminta penjelasan Khairy terhadap pinjaman
tertunggak yang diperoleh dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank)
bernilai belasan juta ringgit.
Berdasarkan dokumen, pinjaman itu dibuat pada hujung 2005 ketika bapa
mentuanya, Tun Abdullah Badawi masih Perdana Menteri dan tiada bayaran
dibuat sehingga kini.
Badrul Hisham menyifatkan perbuatan membiar Khairy berhutang tanpa
tindakan, tidak adil kerana tekanan drastik diambil terhadap mahasiswa
yang sukar melunas pinjaman pelajaran
“Kenapa pula tindakan sama tidak boleh diambil terhadap Khairy?”
katanya ketika berceramah di Sungei Limau, Kulim 28 Disember lalu dan
mengesyaki amalan kronisme dan korupsi yang berleluasa dalam Umno antara
punca Khairy tidak dikenakan tindakan.
Category : SAMM





0 Komen pengunjong