Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Presiden PAS wajar lawan Presiden Umno di Pekan


PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang layak  menetang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam piihan raya umum ke 13, kata penganalisis politik Datuk Zainal Kling.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan Presiden PAS itu supabeliau mengingatkan Presiden PAS itu tidak mungkir janji kerana orang Islam tidak boleh bercakap bohong.
“Jangan sekadar bercakap tetapi apabila tiba masa mengundurkan diri. Jangan bikin politik saja tetapi akhirnya tidak jadi lawan. Orang Islam tidak boleh mungkir janji, kalau kata lawan, dia mesti lawan.
“Saya bimbang jadi gimik politik saja,” kata Zainal ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Hadi beliau bertanding di pekan jika diarahkan oleh PAS.
Presiden PAS itu membuat kenyataan itu dalam satu program parti di Kuala Terengganu kelmarin.
Zainal, bagaimanapun, menganggap jika hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, ia lawan yang sepadan.
“Saya mengalu-alu keyataannya mahu mencabar Najib di Pekan iaitu kawasan yang dipilihnya sendiri.
“Hadi layak kerana beliau Presiden PAS, manakala Najib pula Presiden Umno. Presiden lawan Presiden,” tambah Zainal.
Bagaimanapun, Zainal bimbang kerana pemimpin PAS lain akan menghalang hasrat Abdul Hadi itu.

0 Komen pengunjong :