Najib
masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang
yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai
satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang
pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa
menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan
pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi
meyakinkan rakyat.
Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN
kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak
akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan
setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain
ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan
membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini
sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju
menjelangnya tahun 2020 nanti.
Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya
itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada pentadbiran Barack
Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat
Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran
kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk
diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau
sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah
melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.
Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah
bertukar-tukar dan bergilir gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak
negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang
Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W
Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahu kah
Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat?. Rakyat
AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir
puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.
Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn,
our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari
Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini.
Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti
lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh
rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.
Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini
seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia
ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang
kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan
pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain dari itu
setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.
Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk
mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari
melihat AS dalam situasi ‘double Standard' kerana UMNO selalunya melihat
AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara
demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh
mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa
kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai
Presiden buat penggal kedua?
Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah
menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai
‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak
terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal
dengan bacang.
Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah
bacang ini sangat kuat baunya dan boleh di hidu dari jauh. Baunya itu
memeningkan kepala kita.
-/ http://aspanaliasnet.blogspot.com
Polis tahan kambing gemar kejar orang
2 days ago
0 Komen pengunjong :