Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Janji batalkan projek kondo Batu Caves adalah rasuah politik



KUALA LUMPUR, 13 Nov — Janji Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan projek pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor adalah rasuah politik kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor.



Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.



"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar (gambar) kepada The Malaysian Insider.



"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.



"Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.

"Lebih baik beritahu mereka - kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya," tambah beliau lagi.



Hari ini sempena sambutan pesta cahaya Deepavali di Batu Caves, Najib telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.



Jayakumar juga berkata ia sangat tidak adil dengan memberikan janji sedemikan terutamanya isu tersebut nyata sensitif kepada masyarakat India.



"Kami kerajaan Selangor tidak berkata jika kaum India mengundi kami, kami pasti akan membatalkan projek tersebut.



"Apa yang kami lakukan ialah kami berikan notis pemberhentian kerja dan jawatankuasa khas kami sedang melakukan siasatan di setiap sudut untuk menanganinya.



"Penghujungnya nanti kami akan pastikan perkara ini diselesaikan secara baik," kata Jayakumar.

Ahli parlimen Puchong (DAP), Gobind Singh Deo juga senada dengan rakannya itu dan menuduh Najib mengugut masyakat India Selangor dengan janjinya.

Beliau mendakwa kata-kata Najib itu sama dengan janji "awak tolong saya, saya tolong awak" kepada pengundi di Sibu semasa pilihan raya kecil 2010 lalu hingga mengundang kritikan yang meluas.

"Najib perlu berusaha selesaikan isu tersebut dan bukannya berjanji dengan bersyarat," kata beliau kepada The Malaysian Insider.



Semasa ucapan saat akhir kepada pengundi Sibu pada Mei 2010 lalu, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk projek tambatan banjir di Sungai Rejang tapi dengan syarat pengundi memilih calon BN di situ iaitu Robert Lau Hui Yew.



"Saya mahu buat perjanjian dengan kamu. Bolehkah kita mencapai persetujuan bersama atau tidak? Sangat senang, kamu tolong saya dan saya tolong kamu," kata Najib tiga jam berakhir tempoh berkempen.



Namun demikian, BN tetap tewas kepada calon daripada DAP iaitu pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng.



Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri memberi jaminan supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin, mengakui bahawa arahan menghentikan projek ini menyebabkan pihak pemaju mengalami kerugian.

Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.

0 Komen pengunjong :