
Demikian kata
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad ekoran tiba-tiba pemimpin Umno, Utusan
Malaysia, bekas pemimpin PAS yang kena pecat Datuk Dr Hassan Ali, Datuk
Nakhaei Ahmad yang keluar daripada PAS menyuruh Tuan Guru Nik Aziz
berundur daripada jawatan Mursyidul Am PAS.
Katanya,
tidak pernah berlaku di dalam mana-mana organisasi mereka yang bukan
ahli hendak menentukan kepimpinan di dalam sebuah organisasi.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah parti yang matang sesuai dengan usianya sudah menjangkau 61 tahun tentu tahu apa yang PAS putuskan.
“Tiba-tiba musuh PAS sedih kerana Tuan Guru Nik Aziz mencemar perjuangan Islam PAS.
“Sejak bila
pula Umno dan media Umno iktiraf PAS sebagai parti Islam? Bukankah
selama ini Umno mengatakan PAS bukan parti Islam,” kata beliau dalam
satu kenyataan.
Pujian itu,
ujarnya seperti kata-kata Saidina ALi Karramallahuwajhah "Kalimah itu
betul, maksud yang dikehendaki batil", ertinya puji ada makna yang
tersirat.
Justeru,
ujarnya tidak perlulah Umno cuba hendak melaga-lagakan pemimpin PAS
kerana semua keputusan PAS bukan diputuskan oleh seorang, sebaliknya
dimesyuarat terlebih dahulu.
Beliau menambah, agenda peribadi tidak akan diterima di dalam PAS.
“Tuan Guru
Nik Aziz masih diperlukan di dalam barisan pimpinan PAS. Beliau tetap
menjadi ikon, segala buah fikirannya tetap segar yang boleh menggoncang
kuasa kerajaan BN.
“Beliau telah
berjaya menunjukkan kepada masyarakat PAS bukan semacam Umno,
meletakkan orang agama hanya untuk membaca doa tahlil dan marhaban
sahaja,” katanya lagi.
Menurutnya,
mulut penuh dengan "sagon" yang tidak mampu untuk menegur kemungkaran
dan penyelewengan oleh kerajaan sedangkan Tuan Guru Nik Aziz telah
memimpin perubahan di dalam pentadbiran negeri kemudian idea itu ditiru
oleh kerajaan BN.
Beliau berkata, antaranya ialah cuti dua hari, rumah 3 bilik, pinjaman tanpa faedah, pajak gadai Islam, penggunaan dinar.
“Jika
pemimpin Umno dan media Umno kononnya hendak membela PAS dengan meminta
supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur kerana beliau telah
terkeluar daripada dasar PAS.
“Permintaan Umno ini sama seperti musang meminta supaya menjaga reban ayam,” ujarnya sinis.
0 Komen pengunjong :