Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri

KUALA LUMPUR: Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.

"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.

Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.

Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.

Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.

"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.

Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.

Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.

"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.

"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.

Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".

"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.

"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.
.

0 Komen pengunjong :