Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Shahnon terima PAS bersama DAP dalam Pakatan

KUALA LUMPUR, 17 Okt — Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad akur dengan keputusan PAS untuk bersama Pakatan Rakyat (PR) tidak sepertimana yang dimainkan oleh media arus perdana tentang kononnya beliau tidak bersetuju PAS bekerjasama dengan DAP dalam PR, lapor Harakahdaily.
Beliau yang terkenal dengan novel SHIT sangat yakin menerusi kerjasama politik yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP berkemungkinan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 nanti.
“Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. “Saya sangat yakin, insya-Allah menerusi tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.
“Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” katanya dipetik dari laman Harakahdaily.
Beliau turut meminta seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.
Artikel beliau bertajuk ‘Penglibatan Ku dalam Jema’ah PAS’ dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.
“Paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan ‘amil dan bukan ulama-ulama ‘Suk’ yang tak boleh diharapkan,” tulis beliau dalam buku autobiografi tersebut.
Shahnon kesal akhbar dan media arus perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.
Baru-baru ini, akhbar arus perdana memainkan isu tentang Sasterawan Negara yang menjadi ahli PAS seumur hidup itu tidak bersetuju PAS bergabung dengan DAP dalam PR.

1 comment :