Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Putrajaya perlu rasa ‘malu’ rakyat bina lebuhraya sendiri

KUALA LUMPUR — Tindakan Kementerian Kerja Raya memberikan jawapan berbolak-balik berkenaan isu Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu ke Kuala Krai, menyebabkan pemimpin PAS tampil menempelak kerajaan yang menurut mereka harus berasa malu kerana rakyat bakal membina lebuh raya itu atas inisiatif mereka sendiri. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini menegaskan kerajaan yang bermaruah seharusnya rasa terpukul dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan untuk membina lebuh raya tersebut menggunakan derma dan waqaf untuk rakyat dinegeri pimpinan PAS itu.
"Kerajaan yang bermaruah seharusnya perlu rasa malu, rasa terhina, dan terpukul kerana rakyat dah bosan dengan kerajaan Pusat.
"Rakyat sebaliknya atas inisiatif sendiri mengguna sistem waqaf, untuk memenuhi hak keperluan rakyat Kelantan membina lebuh raya berkenaan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini menjelaskan kementeriannya tidak pernah menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan berhubung pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kota Bharu ke Kuala Krai.
Shaziman ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 bagi kementeriannya bagaimanapun berkata hanya menerima panggilan telefon daripada salah seorang exco negeri pimpinan PAS itu mengenai pelancaran majlis pecah tanah projek berkenaan.
Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar juga turut menegaskan kenyataan Shaziman di Dewan Rakyat itu adalah cubaan untuk menutup janji kerajaan untuk membina lebuh raya tersebut yang telah dibuat pada Rancangan Malaysia Ke-8 (RMKe-8).
"Kami amat tidak berpuas dengan jawapan menteri, beliau cuba menutup janji yang telah dibuat pada 1996 untuk membina Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai," katanya pada sidang media sama.
"Oleh kerana kerajaan PAS sedar, keperluan lebuh raya itu amat mendesak, Kelantan telah memulakan inisiatif untuk membina lebuh raya tersebut," katanya, dan menambah kenyataan Shaziman itu sangat negatif.
Beliau turut menjelaskan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat yang telah dikenalpasti untuk pembinaan lebuh raya tersebut.
"Saya difahamkan, Kelantan telah mengadakan rundingan aktif dengan syarikat swasta yang dikenal pasti untuk membina lebuh raya tersebut.
"Setakat ini kami telah berjaya mengutip RM4 juta daripada RM1.8 bilion yang diperlukan untuk pembinaan lebuh raya tersebut," tegasnya menjelaskan status terkini pembinaan lebuh raya dua lorong tanpa tol sepanjang 73 kilometer itu.
Kamarudin turut menambah,"perbelanjaan besar yang diuruskan oleh kerajaan negeri dalam pembinaan lebuh raya tersebut mungkin dapat mencapai matlamat."

0 Komen pengunjong :