KUALA
LUMPUR 27 OKTOBER: Serangan terhadap Islam dan hudud oleh MCA, sekutu
kuat UMNO terbukti hanya mainan wayang politik apabila mereka mendiamkan
diri setelah mendapat jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom di Parlimen Selasa.
Menurut Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, adakah jawapan Parlimen
Jamil yang menyebut “jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia, ia tidak
akan mempunyai sebarang kesan ke atas bukan Islam” itu mewakili
pendirian MCA?
“Justeru adakah MCA akan meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak bertindak terhadap Jamil memandangkan jawapan parlimennya
bercanggah dengan pendirian empat Menteri Kabinet MCA dan pemimpin
peringkat nasional mereka dalam BN?”
“Atau adakah MCA akan memutuskan perikatannya dengan UMNO?” soal beliau.
Menyifatkan MCA sebagai ‘Malaysian Charlatans (Pendusta) Party’, Lim
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor itu menjelaskan bahawa
situasi ini telah membongkar kepura-puraan kempen MCA mengenai hudud
sejak dua tahun lalu.
Katanya, pendirian DAP terhadap hudud sangat jelas dan konsisten
sejak dahulu lagi kerana ia tidak termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia yang majmuk malah
bukan sebahagian daripada dasar bersama Pakatan Rakyat.
Baru-baru ini bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir berkata, “pendirian tidak bertolak ansur”
MCA terhadap hukum hudud pada Perhimpunan Agung MCA minggu lepas hanyalah bertujuan “menakut-nakutkan” komuniti Cina dan bukan ditujukan kepada kaum Melayu atau umat Islam.
“Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.” tambah Mahathir.
Kit Siang menyeru agar pembohongan dan penipuan “Perjanjian Syaitan”
UMNO dan MCA ini diberi perhatian serius dan dikutuk sekeras-kerasnya
oleh semua rakyat Malaysia.
“Jelas, tindakan mereka adalah untuk menakut-nakutkan pengundi Cina
dan Melayu bagi mendapatkan undi kaum Cina dan Melayu kepada BN.” ujar
beliau.
/- roketkini.com
Antalya
ReplyDeleteKonya
Adana
Ankara
Van
GWFXF
3AE63
ReplyDeletekayseri sohbet sitesi
Ankara Ücretsiz Sohbet Uygulamaları
Bayburt Ücretsiz Görüntülü Sohbet
bilecik random görüntülü sohbet
erzurum sohbet uygulamaları
malatya bedava görüntülü sohbet sitesi
konya kadınlarla rastgele sohbet
kırşehir sohbet chat
bedava sohbet odaları
F0227
ReplyDeleteBinance Referans Kodu
Tumblr Beğeni Satın Al
Binance Referans Kodu
Madencilik Nedir
Soundcloud Dinlenme Hilesi
Baby Doge Coin Hangi Borsada
Coin Üretme Siteleri
Youtube Abone Satın Al
Tiktok Takipçi Satın Al
4C0CC
ReplyDeleteŞalpazarı
Dikili
Vezirköprü
Arpaçay
İznik
Emirgazi
Ayrancı
Göynücek
Diyadin
09D254FE91
ReplyDeletegerçek takipçi