Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Laporan Audit padam aliran wang haram USD338 juta – Anwar


KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 langsung tidak menyentuh mengenai aliran wang haram berjumlah USD338 juta (RM1.03 bilion) yang keluar dari negara ini.
Katanya, penyembunyian ini menunjukkan kerajaan seolah-olah cuba melindungi perompak wang negara.
“Menurut Global Financial Indeks (GFI), ‘illicit financial’ (aliran wang haram keluar) berjumlah USD338 juta. Ini masalah besar. Belum dijawab oleh kerajaan.
“(Seperti) ada muslihat untuk melindungi penjenayah yang merompak wang negara. Kita diberikan senarai oleh LKAN, hasil belanja, defisit dan akaun wang disatukan, (aliran wang keluar) tak disentuh langsung,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, teguran Ketua Audit Negara tidak diambil berat, meskipun terdapat jawatankuasa yang memantau prestasi ekonomi negara.
“Dalam masa sama defisit membengkak. Keadaan semakin parah dari tahun ke tahun. Tapi, yang hanya disebut (Menteri Kewangan ialah serangan kepada Pakatan Rakyat),” tegasnya.
Beliau turut menyentuh kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia berjumlah RM571 juta, iaitu yang tertinggi dalam sejarah negara.
“Ini kadar paling tinggi sewaktu (Ahli Parlimen) Pekan (Datuk Seri Najib Razak) sebagai Menteri Kewangan. Untuk diketepikan (fakta laporan) adalah tidak munasabah. Ini ada kaitan dengan beban rakyat.
“Di bawah Menteri Kewangan rujuk kepada prestasi, tetapi dalam masa sama (Najib) sebagai orang yang tak mampu urus ekonomi dengan baik,” tempelak Anwar.
Bercakap dalam sidang medianya sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, ceramah Pakatan Rakyat akan membangkitkan isu kerugian ‘berbilion ringgit’ yang didakwa ‘hilang atau dipadamkan begitu sahaja’ daripada LKAN 2011.
Laporan Audit berkenaan dibentangkan di Parlimen 15 Oktober lalu selepas lebih dua minggu pembentangan Bajet 2013 BN.

0 Komen pengunjong :