Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila kuasa'

'Kita mahu ambil kuasa dari orang gila kuasa'SEREMBAN: "Kita bukan gila kuasa tetapi kita mahu ambil kuasa dari orang-orang yang gila kuasa."
Demikian kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan, Ustaz Norazman Mohamad (gambar) yang menolak kenyataan beberapa pemimpin Umno kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat gila kuasa.
Menurut beliau, orang gila kuasa ini membuat pelbagai perkara untuk mempertahankan kuasanya tanpa rasional sehingga bolehlah dikatakan mereka gila kuasa.
"Kalau nak berlawan biarlah berlawan cara anak jantan. Hujah dibalas dengan hujah. Ini tidak! Pukul dan bantai (mengutuk) kita seorang-seorang, fitnah itu, fitnah ini tetapi tidak beri peluang untuk kita balas fitnah tersebut," kata Norazman dalam satu ceramah anjuran PKR Seremban di Taman Paroi Jaya baru-baru ini.
Norazman turut mengulas isu pemberian BR1M oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Kalau ikhlas nak beri BR1M, masuk terus dalam akaun rakyat. Tak payah nak beratur berjam-jam sampai ada yang pengsan.
"Ada juga banyak kes di mana ada individu yang beratur berjam-jam, sampai di kaunter nama individu tersebut tidak ada dalam senarai penerima BR1M," ujar Norazman.
Turut hadir dan berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Penerangan PKR, Dr Mohammad Nor Manuty dan Pengarah Strategik Rafizi Ramli.
.

0 Komen pengunjong :