Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Kenduri kahwin: Rakyat cuma nak tanya Ali Rustam


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria berkata, isu yang dibangkitkan beberapa pihak berhubung penganjuran kenduri kahwin mega anak lelaki Datuk Seri Mohd Ali Rustam sekadar mahukan penjelasan.

Beliau yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat menjelaskan, ianya bukan soal 'dengki' atau 'iri hati' seperti didakwa Ketua Menteri Melaka itu.

Sebaliknya, sekadar mahu bertanya beberapa persoalan yang timbul bukan sahaja membabitkan kos perkahwinan yang didakwa mencecah RM600,000, tapi juga beberapa isu lain seperti yang didedah di Dewan Rakyat.

"Tak ada sapa nak iri hati aih. Cuma nak tanya. Takkan rakyat tak boleh tanya. Kalau betul guna duit Datuk, memang Datuk kaya betul," katanya melalui tulisan di Facebook.

Semalam Ketua Menteri Melaka itu berkata, Pakatan Rakyat "dengki dan iri hati" apabila sengaja memperbesar-besarkan isu majlis perkahwinan 'mega' anak lelakinya.

Beliau berkata, perkara itu hanyalah mainan politik pembangkang dan beliau tidak kisah apa yang dilakukan oleh pihak berkenaan.

Mengulas persoalan yang timbul, Nasir berkata, rakyat mahukan penjelasan berhubung benarkah maklumat yang mendakwa kos makanan untuk satu kepala RM100 bagi 130,000 hadirin yang hadir.

Selain itu katanya, rakyat juga mahukan penjelasan berhubung benarkah majlis perkahwinan itu turut menggunakan agensi kerajaan serta melibatkan pegawai kerajaan negeri serta dakwaan bahawa boleh pegawai terlibat boleh klim kerja lebih masa untuk dua hari.

Maklumat yang menimbulkan persoalan itu sebelum ini didedahkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat.

Isu berkaitan kos perkahwinan itu juga telah dilapor Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin semalam.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan Mohd Ali atas dakwaan rasuah ekoran penganjuran kenduri kahwin mega anak lelakinya itu.
.

0 Komen pengunjong :