KUALA LUMPUR 4 Oktober: Jumlah ‘dislike’ yang jauh melebihi ‘like’
pada rakaman Youtube sesi #TanyaNajib 2013 melalui Google Hangout malam
tadi jelas menunjukkan warga maya, kebanyakannya orang muda menolak
kepimpinan Perdana Menteri itu, terutama mengenai Bajet BN 2013.
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Lee Khai Loon berkata,
sangat pelik apabila percubaan Najib mendekati orang muda ditolak
melalui jumlah ‘dislike’ yang direkodkan.
Najib berinteraksi secara langsung dengan rakyat menjawab soalan
berkenaan Bajet 2013 dan rakaman sesi itu dimuat naik di Youtube rasmi
beliau sendiri dan saluran Astro Awani.
Pada
rakaman itu sebelum ia ditarik balik, jumlah ‘dislike’ penonton adalah
1,409 dan ‘like’ pula 605, manakala di saluran Astro Awani, jumlah
‘dislike’ adalah 1,774 berbanding ‘like’ sebanyak 90.
Bagi menutup malu, video itu turut diprivatekan sebelum itu. Ini jauh
berbeza dengan sambutan terhadap #BorakAnwar yang mendapat sambutan
hangat dalam acara sama baru-baru ini.
“Orang muda tak mahu lihat Najib cakap banyak sangat, sebaliknya
sahut cabaran debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib juga hanya beri jawapan selamat dan retorik…soalan kritikal dan penting tidak dilayan,” kata Khai Loon ketika dihubungi.
Malah Najib juga tidak menjawab soalan oleh Khai Loon seperti
ketidakhadiran beliau ketika Anwar membahaskan Bajet 2013 dan
pertembungan peranannya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Walaupun Najib tidak jawab (soalan kritikal), orang muda bijak dan
akan menilai kelayakan beliau sebagai Perdana Menteri, khasnya ketika
pilihan raya umum akan datang,” kata Khai Loon lagi.
Anwar merupakan pemimpin pertama di Malaysia dan Asia Tenggara memanfaatkan Google Hangout pada 17 Oktober lalu.
Setakat ini, jumlah ‘like’ pada rakaman sesi yang dimuat naik di
saluran ‘Anwar Ibrahim’ adalah sebanyak 1,352 manakala ‘dislike’ hanya
163.
.
0 Komen pengunjong :