Rasa
tidak terdaya untuk membaca dan mengulas tentang isu-isu yang
mengelilingi politik negara. Seperti mana yang saya sebut selalu
kebanyakan isu yang ditimbulkan ialah isu rasuah yang besar yang berlaku
dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpin UMNO kini. Saya tetap akan
terus menerus bercakap tentang rasuah ini kerana rasuah adalah kerja
yang sangat hina dan ia boleh menjahanamkan sebuah negara. Sebelum ia
menjahanamkan negara elok rakyat bertindak dengan kesatuan yang kuat
kerana perasuah ini bukan mudah untuk dihapuskan.
Usaha menghapuskan rasuah ini memerlukan kerjasama yang rapat di
antara semua pihak dan rakyat keseluruhannya kerana kehancuran terhadap
negara itu akan pasti sampai jika rasuah yang keterlaluan ini tidak
dibendung. Perjuangan ini merupakan perjuangan yang panjang dan memakan
masa yang lama, tetapi langkah permulaan wajar berlaku sekarang kerana
jika usaha ini ditangguh-tangguhkan ia akan menjadi barah yang susah
untuk dikawal.
Perjuangan melawan rasuah ini memerlukan permuafakatan yang jitu dari
rakyat semua kaum dan juga dari parti-parti politik serta setiap
individu-individu yang sedar tentang bahayanya rasuah ini dibendung.
Maka samada terdaya atau pun tidak, kita harus ke depan dan memerangi
rasuah ini habis-habisan melalui cara yang halal dan dibenarkan oleh
perundangan negara kita.
Banyak pihak telah membuat teguran dan desakan untuk pimpinan
sekarang ini melakukan pembersihan terhadap rasuah ini kerana UMNO
merupakan parti yang memimpin negara kita. Namun semua desakan itu tidak
pergi ke mana, malahan rasuah berkembang dengan begitu menjolok mata
sehinggakan kita semua tidak tahan lagi untuk bersabar.
Rasuah sudah menjadi mainan kepada pimpinan hari ini. Rasuah
dilakukan oleh mereka seperti makan sarapan harian. Tidak ada rasa malu
dan tidak merasa bersalah terhadap rakyat yang memberikan mereka mandat.
Oleh kerana amalan buruk ini sudah berlaku begitu lama ianya sudah
bersarang di dalam pentadbiran kerajaan hari ini. Tidak siapa yang mahu
melakukan kerja tanpa mendapat habuan secara rasuah.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain mahukan pembanterasan rasuah
ini dilakukan secara politik. Kenapa secara politik? Kerana ahli dan
parti politik yang diberi mandatlah yang menyebabkan rasuah ini
berluas-luasa. Menteri-menteri tidak tahu tugas dan tanggungjawab mereka
lagi. Menteri-menteri sepatutnya duduk di pejabat untuk memantau
perlakuan pelaksana ia itu penjawat awam yang melaksanakan tanggungjawab
mereka. Menteri-menterinya wajar memelihara kebersihan kementerian
mereka daripada rasuah. Itu tugas mereka sebenarnya.
Tetapi menteri-menterinya pula yang bersekongkol dengan perasuah
malahan menteri-menteri pula yang memberikan perlindungan terhadap
penjawat awam di bawah mereka untuk kepentingan bersama yang menjijikkan
itu. Apabila menteri-menteri ini bersama-sama ‘mencari makan tambahan’
ini bersekongkol dengan perasuah itu maka menteri-menteri ini tidak lagi
dihormati oleh penjawat awam di bawah kementerian masing-masing dan
mereka bebas untuk melakukan kerja hina ini terang-terangan.
Kerja-kerja ini sudah berlaku begitu lama sehinggakan ramai di antara
penjawat awam yang bersih dari rasuah ini tidak lagi bersama dengan
parti yang sedang memerintah. Banyak usaha dilakukan oleh berbagai-bagai
pihak untuk membawa kes-kes ini kemuka pengadilan, tetapi ada pula yang
mempertahankannya dari jabatan perundangan negara itu sendiri.
‘Attorney General’ sendiri mengambil sikap melindungi mereka yang
rasuah ini dengan memilih-memilih kes yang melibatkan mereka yang
berkuasa. Yang ini dibawa ke depan, dan yang ini NFA (no further action)
dan tidak dihadapkan ke mahkamah. Masing-masing yang besar-besar dalam
kerajaan bekerjasama untuk melindungi rasuah yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin besar negara.
Rasuah sudah menjadi sebati sehinggakan tidak ada siapa yang boleh
mengambil tindakan kepada sesiapa kerana yang patut mengambil tindakan
ini juga sedang dipersoalkan kewibawaan mereka. AG Ghani Patail sendiri
mempunyai stigma yang buruk. Bagaimana beliau boleh masih kekal dengan
jawatan yang penting itu. Pendeknya tidak ada siapa lagi di dalam
‘regim’ hari ini boleh dipercayai untuk menjaga rakyat dan negara ini
dengan baik dan sempurna.
Itulah sebabnya ramai rakyat merasakan yang ‘gerombolan’ ini patut
dinyahkan dari kuasa. Sebagai rakyat yang mahukan keamanan kita tidak
mahu memilih untuk melakukan kekerasan seperti apa yang berlaku di
negara-negara arab sekarang ini. Kita sudah ada cara yang sesuai untuk
menukar kerajaan tanpa kekerasan.
Kita mengambil pilihanraya sebagai tempat dan premis untuk menukar
wajah negara kita di zaman kemajuan ini. Apa yang perlu dilakukan ialah
dengan memberikan mandat kepada pihak lain untuk menjaga negara dan
rakyat selama lima tahun yang akan datang.
Sekarang ini kita melihat rakyat sudah bangkit dan mahukan perubahan
ini dilakukan segera dan PRU13 inilah masanya untuk melakukannya. Jika
pakatan baru ini tidak menjalankan tugas seperti yang diharapkan rakyat
akan kembali membuat perubahan di masa depan. Di sini kita dapat
menekankan yang rakyatlah yang berkuasa dengan sebenarnya, bukannya
Najib, Mahathir atau sesiapa.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang ini, jika tidak ada apa yang saya
selalu sebut sebagai ‘legal cheating’ dilakukan oleh pihak UMNO dan BN
pertukaran kerajaan tidak akan dapat dibendung lagi. Itulah sebabnya PM
Najib dan seluruh kepimpinan hari ini merasakan bahang perubahan ini.
Gerombolan ini sedang berusaha mempertahan kuasa yang ada hari ini
dengan menabur fitnah dan selalu mengatakan yang PR tidak akan boleh
memimpin dengan ‘baik’ seperti BN.
Saya selalu berkata. ‘The worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of BN’. Tidak ada yang terbaik kerana yang terbaik itu bukan sifat manusia. Yang terbaik hanya sifat yang Maha Kuasa dan RasulNya.
Itu sebabnya Tuhan adakan dosa dan pahala kerana manusia diduga
dengan kenikmatan dan keburukan. Apabila tubuh kita sudah terbujur roh
kita tidak mati. Ia akan menghadap Tuhan semesta alam ini untuk
ditimbang semua kerja baik dan buruk semasa hayat kita.
Buat kali ini kita perlu melakukan perubahan itu tanpa was-was.
- http://aspanaliasnet.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :