Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hutang negara: M'sia didakwa dalam berjaga-jaga

NONEPerdana menteri memperjudikan nasib negara kepada prestasi ekonomi dalam satu tahun sahaja apabila memberi jaminan bahawa hutang negara tidak akan melebihi paras 55 peratus KDNK jika ekonomi tumbuh melebihi lima peratus tahun depan, kata ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

"BN letak negara dalam keadaan berbahaya, semua bergantung kepada prestasi (ekonomi dalam) satu tahun," kata Khalid pada satu forum belanjawan di Petaling Jaya malam tadi.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu mengulas kenyataan yang dibuat Najib itu dalam sesi bual bicara dalam talian Google Hangout minggu lepas.

Pada masa sama, Khalid (kanan) agak sangsi Najib akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengekang hutang negara dan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara pada tahun hadapan walaupun berikrar berbuat demikian dalam pembentangan Bajet 2013 lalu.

"Semuanya bergantung pada tahun hadapan.

"Jangan terkejut jika sampai tahun depan, dia akan kata Jepun dan Amerika hutang mereka juga lebih banyak daripada KDNK negara mereka," katanya.

Turut serta dalam forum itu adalah ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang mengulas sistem dua parti dalam kerajaan sesebuah negara.

Nik Nazmi: Kerajaan lwn bakal kerajaan
Menurutnya, pertembungan politik dalam negara sekarang ini bukan lagi antara kerajaan dan pembangkang tetapi lebih kepada "kerajaan dan bakal kerajaan".

Menurutnya, Pakatan Rakyat membuktikan keupayaan mereka mentadbir negara apabila berupaya mentadbir empat negeri dalam Persekutuan Malaysia.

Menurutnya lagi, anggapan bahawa terlalu banyak berpolitik berlaku dalam negara juga kurang tepat kerana ia senario biasa apabila dua blok politik berlainan bersaing untuk membuktikan siapa yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

"Kita lihat satu suasana politik yang lebih kompetitif mula muncul sekarang," katanya.

Terdahulu sebelum forum berlangsung, majlis pelancaran buku 'Pendedahan di Parlimen: Dasar dan Cabaran Malaysia' disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.

Buku itu memuatkan rampaian kertas kajian badan pemikir Kajian Politik dan Perubahan (KPRU) dan disunting pengarah eksekutifnya, Ooi Heng.

Ia menampilkan 25 kertas kajian yang diterbitkan KPRU dari Julai 2011 sehingga Julai 2012 dan terbahagi kepada 3 bahagian - tadbir urus negara demokratik, mengangkat dasar kepedulian rakyat, dan khayalan transformasi politik.
.

0 Komen pengunjong :