Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Terdesak, Najib dijangka tabur ‘rasuah’ demi sokongan politik

KUALA LUMPUR 28 Sept: Datuk Seri Najib Razak hari ini dijangka menabur wang tunai yang mengikut istilah Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘menyerupai rasuah’ dalam pembentangan Bajet 2013, hari ini.
Menyifatkannya sebagai ‘gula-gula’ menjelang pilihan raya umum ke-13, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, berkata, sogokan itu mungkin dibuat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Beliau berkata, amalan pemberian sekali (one-off) seperti BR1M tidak menjana pertumbuhan ekonomi mahupun menggalakkan pelaburan.
“Ia akan merosakkan ekonomi dan akhirnya melumpuhkan ekonomi negara,” katanya kepada Keadilan Daily di lobi parlimen.
Beliau mengulas maklumat dari sumber Umno BN yang menyatakan, Najib dijangka mengumumkan sogokan RM1,000 kepada rakyat yang pendapatan isi kurang rumah RM4,000 sebulan berikutan terdesak mencari sokongan politik.
BR1M berlawanan dengan kebajikan berstruktur yang dicadang Pakatan dalam Belanjawan 2013  dengan peruntukan kebajikan tertentu mengikut tempoh bersesuaian.
Sebelum ini, kerajaan Umno melalui Bajet 2012, menyogok wang tunai RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan yang dianggap Mahathir sebagai menyerupai rasuah.
Hal ini diperkuat dengan kenyataan Perdana Mentari 8 Jun lalu melalui Bernama yang melaporkan Najib mempertimbang untuk meneruskan ‘sogokan’ BR1M.
BR1M disogok kepada rakyat tanpa tempoh atau jadual tertentu yang hanya ditentukan pemimpin Umno mengikut selera ‘tekak’ mereka.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, belanjawan adalah isu dasar, bukannya ‘gula-gula’ semata-mata, malah ia tidak melambangkan pengurusan ekonomi yang bertanggungjawab.
“Belanjawan Pakatan berpegang kepada prinsip yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi yang akan diagih kepada rakyat.
“Ia menjana pertumbuhan dan pelaburan baru yang akan beri peluang pekerjaan dan tingkatkan pendapatan dan kuasa ekonomi rakyat,” kata beliau.
Belanjawan Pakatan, katanya, bukan slogan atau retorik politik semata-mata, bahkan melambangkan kesungguhan Pakatan untuk membela rakyat tanpa mengira kaum.
“Justeru, saya minta rakyat membandingkan Bajet 2013 kerajaan Umno BN dengan Belanjawan Pakatan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.
.

0 Komen pengunjong :