Isu Suaram (Suara Rakyat Malaysia) dengan tuduhan terhadapnya
mendapat bantuan dana asing hebat dimainkan oleh pihak Barisan Nasional
(BN). Selepas ini tidak tahu apa pula yang akan dihadapi oleh Suaram dan
NGO-NGO yang lain yang tidak sebulu dengan pihak yang berkuasa.
Najib berkata biarkan pihak yang berkuasa melakukan penyiasatan. Katanya, lagi kurang kita bercakap lagi baik.
Tindakan berkuasa terhadap Suaram bukanlah satu isu mengejutkan
kerana Suaram membuatkan ada pihak yang ‘mandi tak basah dan tidur tidak
lena’ di buatnya.
Suaram ada isu yang besar yang di ketengahkannya dan ia melibatkan
pemimpin-pemimpin dan kroninya dalam isu komisyen pembelian Scorpene
yang besar itu. Isu komisyen itu menghasilkan pembunuhan Altantuya
Shaariibu, seorang wanita jelita yang dikatakan berkaitan dengan
pemimpin besar negara kita.
Isu Altantuya tidak dapat tidak terpaksa dibongkar. Isu pembayaran
komisyen Scorpene dan Altantuya itu kait mengait dan kedua-dua isu itu
tidak dapat di pisahkan jika kita mahu menyiasat salah satu darinya.
Siasat satu akan melibatkan lagi satu isu dan kedua-dua isu itu
merupakan isu yang akan membabitkan tindakan jenayah
pihak-pihak tertentu yang berada di atas pesada kuasa negara kita.
Jika isu penyaluran dana asing itu benar-benar salah ia mestilah ada
peruntukan yang menunjukkan yang penerimaan itu salah
mengikut undang-undang kita. Saya bukan seorang peguam dan saya tidak
tahu untuk membuat komen terhadap isu penyaluran dana asing itu.
Tetapi Suaram mesti teruskan meneliti tentang penyaluran wang rakyat
terhadap penerima rasuah dan kroni kepimpinan yang terlibat seperti yang
di sebut-sebut bukan sahaja oleh kita tetapi juga oleh masyarakat
antarabangsa.
Tamak haloba
Isu Scorpene dan Altantuya ini juga satu penyaluran dana dari kantung
rakyat kepada kumpulan yang tamak haloba yang sanggup menjahanamkan
wang rakyat yang bersusah payah membayar cukai kepada perbendaharaan
negara.
Jika Suaram menghadapi isu ini, ia adalah di sebabkan tindakannya untuk membongkar penyelewengan dan jenayah negara.
Malahan isu yang di bawa oleh Suaram sehingga ke negara Perancis,
negara yang membekalkan kapal selam Scorpene itu adalah lebih penting,
apatah lagi jika ia membabitkan isu kehilangan nyawa seorang wanita yang
berkait dengan pembelian kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak
dapat menyelam itu.
Orang ramai merasakan oleh kerana ketelusan pentadbiran kerajaan
Perancis itu maka tidak ada apa-apa yang akan di lindungi dan ia akan
membolehkan kita menyelami segala isu-isu yang berbangkit tentang
jenayah yang berlaku dalam skandal besar ini.
Rakyat jangan terbawa-bawa dengan tindakan pihak berkuasa di sini
kerana tindakan terhadap Suaram itu tidak lain dari isu
hendak memalingkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap isu yang sangat
sensitif ini.
Kita dapati Suaram mendapat sokongan moral dari banyak NGO-NGO
tanahair kerana Suaram begitu berani untuk membongkar isu Scorpene ini
hingga ke akar umbinya. Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang menyebabkan
isu ini timbul dan kenapa sampai ada nyawa yang melayang kerananya.
Pembunuh kepada Altantuya telah pun mendapat keputusannya iaitu,
mereka di jatuhkan hukuman mati, tetapi apa yang tidak langsung di sebut
dalam perbicaraan itu ialah ‘motive’ pembunuhan itu.
Kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.
-/
http://wwwaspanaliasnet.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :