Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

SPR terus jadi alat BN – Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 15 SEPTEMBER: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berat sebelah kerana menjadi sebahagian dari alat BN untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor berikutan isu pilihan raya yang mahu diadakan secara berasingan.
Ia berikutan kenyataan pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata bahawa pilihan raya yang diadakan secara berasingan akan melibatkan kos yang lebih tinggi dan mengganggu guru serta pelajar jika diadakan di sekolah.
Membidas kenyataan tersebut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, “Beliau seolah-olah mengabaikan fakta bahawa tidak wujud sebarang bantahan oleh SPR apabila Sabah dan Sarawak mengadakan pilihan raya secara berasingan.”
“Apakah SPR juga mempersoalkan kemampuan dan profesionalisme polis kita apabila mendakwa sekiranya pilihan raya secara berasingan boleh menggugat keselamatan awam dimana pihak polis terpaksa memastikan keselamatan kerana wujud dua tempoh masa berkempen?” soalnya lagi.
Jelas Guan Eng, dakwaan sebegitu bukan sahaja meremehkan pihak polis tetapi memalukan negara.
“Seolah-olah pasukan keselamatan kita tidak mampu menjaga keamanan. Adakah beliau cuba mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya memohon bantuan tentera PBB untuk mengawal proses pilihanraya negara ini?
“SPR perlu menumpukan kepada kerja asas mereka iaitu memastikan pilihanraya berjalan mengikut peraturan, bebas dan adil,” kata beliau.
Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng turut melahirkan rasa kecewa beliau kerana sehingga sekarang SPR masih belum membalas permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan pilihanraya kerjaan tempatan yang melibatkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.
“Walaubagaimanapun, SPR nampaknya lebih berminat untuk mempertahankan atau menjadi alat serangan bagi pihak BN,” katanya.

–/ Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :