Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Soalan Bersih 3.0 dalam peperiksaan cubaan hasut pelajar


KUALA LUMPUR : Peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini yang mempunyai soalan mengenai perhimpunan Bersih 3.0 merupakan usaha kerajaan meracuni pemikiran pelajar supaya berpandangan negatif terhadap penganjuran himpunan itu, kata Azan Ismail.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata, kelompok Kementerian Pelajaran yang taksub terhadap Umno BN tidak faham mengenai tuntutan mereformasi sistem pilihan raya yang bebas dan adil seperti termaktub dalam lapan tuntutan gabungan NGO itu.
“Kempen Bersih adalah neutral. BN sendiri mendapat manfaat dari kempen itu. Tidak lain tujuan penulis soalan ini mahu ‘meracun’ pemikiran pelajar sekolah dan memberi gambaran negatif terhadap kempen Bersih,” katanya kepada Keadilan Daily.
“Bukankah mahkamah mengatakan entiti Bersih bukan pertubuhan haram. Manakala hal berkaitan himpunan adalah perkara yang subjektif tafsirannya,” kata Azan lagi.
Beliau khuatir tindakan itu akan merebak dan memberi gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat jika tidak dikawal.
“Kita bimbang akan ada soalan dalam subjek lain yang menjurus kepada pandangan negatif terhadap Pakatan Rakyat dan pemimpinnya. Apa yang berlaku kini hanya permulaan.
“Tindakan ini menunjukkan Umno BN terlalu terdesak sampai terpaksa memanipulasi soalan peperiksaan percubaan SPM,” kata Azan.
Dilaporkan, sebuah sekolah di Johor Bahru mengeluarkan soalan percubaan subjek Moral SPM berhubung perhimpunan Bersih 3.0 yang mengandungi dua gambar himpunan tersebut 28 April lalu.
Dengan merujuk kepada gambar yang diberi, soalan itu bertulis ”Adakah wajar atau tidak bagi seseorang warganegara itu untuk menyertai perhimpunan haram?”.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tidak ada masalah mengenai soalan tentang perhimpunan Bersih 3.0 dalam peperiksaan percubaan tersebut.
Puad beralasan, selagi soalan itu tidak melibatkan sensiviti perkauman, agama atau menghina mana-mana individu, ia boleh digunakan.
“Paling melucukan, soalan pendidikan Moral tidak pula meletakkan asas moral itu sendiri. Sepatutnya soalan subjek moral itu memupuk perpaduan dan nilai keperibadan mulia. Bukankah isu moral begitu teruk kebelakangan ini? Kenapa itu tak disentuh?” soal Azan.
“Sebelum ini Umno BN sibuk tuduh Pakatan Rakyat. Hari ini, jelas membuktikan mereka sebenarnya yang melakukan perkara itu,” tegasnya.
.

0 Komen pengunjong :