“Kebebasan ialah boleh melakukan apa sahaja?”
Tidak terjangka sampai begitu hodoh dan jeliknya kerja buat penyokong UMNO-BN, malah mereka bangga mengaku sebagai Melayu Islam.
Sedang anda sibuk bersiap pulang ke kampung memandangkan sudah sampai
cuti hari minggu. Bas milik Parti Keadilan Rakyat disimbah cat merah
buat kali kedua dan ditahan sekumpulan makhluk di Jasin Melaka. Maka
tidak hairanlah kalau bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad
menggelarkan BN sebagai syaitan yang dikenali.
Menteri diam, Perdana Menteri diam, polis katanya akan melakukan siastan dan siasatan dan lagi siasatan….
Insiden tidak bertamadun ini memaknakan buat kita bahawa UMNO-BN
semakin gerun dengan kemaraan dan sokongan rakyat terhadap Pakatan
Rakyat.
Klise bukan? Tapi itulah realiti.
Salah faham kepada kebebasan dalam demokrasi
“Sudah ada pilihan raya, boleh pilih wakil rakyat, ada bangunan
parlimen, boleh buat ceramah sana-sini, ada surat khabar, ada NGO, maka
itulah namanya demokrasi.”
Kalau begitulah pemahaman kita, jawapannya terlencong dari maksud
sebenar. Apalagi masih jauh untuk mencapai objektif negara yang
mengamalkan demokrasi berperlembagaan.
Demokrasi dan kebebasan ibarat isi dan kuku, tanpa kebebasan, tanpa
memahami dan menjiwai erti kebebasan, ia hanya mencacatkan hasrat
pendemokrasian untuk menjadi sebuah negara yang demokratik.
Cukuplah. Najib tidak perlu melalak dengan pelan transformasinya
berdegar-degar, cukuplah mentransformasikan dulu silibus pendidikan kita
agar anak-anak kita masa akan datang lebih matang dan hadam akan maksud
sebenar demokrasi. Supaya mereka tidak akan melakukan perbuatan tidak
bertamadun dan kebudak-budakan.
Sekadar mahu nama…
Perkataan asing yang jauh diimport dari Greek ini (demokratia) cuma
dibangga, diakui menjadi produk sendiri setanding negara-negara lain
misalnya Amerika Syarikat, Britain, Australia, New Zealand dan
sebagainya. Agar dapat duduk dalam persidangan PBB, biar dapat nama agar
tidak dipinggir negara pelabur.
Malah, di zaman Mahathir, beliau sendiri telah merevolusikan
perkataan demokrasi dengan ‘demokrasi terpimpin’ dan modus operandinya
sama sahaja ditiru Pak Lah yang membuat ‘penjenamaan’ semula Islam
kepada Islam Hadhari. Semuanya sama, mahupun sedap didengar biarpun
dihadam tidak.
Demokrasi tidak perlu dirangsang dengan apa-apa ‘ubat’
Demokrasi tidak berdiri dengan sendiri atau perlu dirangsang dengan
apa-apa pelan ‘ubat kuat’ kerajaan. Cukuplah dengan mempraktikkan
prinsip dan asas utama demokrasi.
Pasti, demokrasi tidak hidup tanpa rukun. Ia terdiri dari beberapa
perkara paling fundemental iaitu kedaulatan undang-undang, kesamarataan
dan keadilan, ada jaminan pada hak majoriti maupun minoriti dan hak
kebebasan individu samada bersuara, berpersatuan dan sebagainya.
Banyak lagi asas demokrasi yang tidak disekolahkan kepada rakyat.
Apapun, beberapa perkara pokok yang dinyatakan adalah antara asas
terpenting demokrasi.
“Demokrasi kepala bapak kau…”
“Demokrasi kepala bapak kau…” ini adalah buah bicara yang tersembul dari mulut seorang penceramah popular dan
glamour
UMNO, Umi Hafilda. Nampaknya, memang tidak ramai yang berminat untuk
menjiwai dan memahami perkataan tersebut. Demokrasi bagi UMNO adalah
kebebasan baling tong cat, kebebasan baling telur, kebebasan provokasi
melampau dan yang sebegitu-begitu sahajalah.
Ternyata, UMNO-BN melencong jauh dari prinsip kebebasan yang harus
berganding dengan tanggungjawab. Semua insiden tersebut tidak langsung
memperlihatkan kebebasan melainkan cermin kebodohan yang dipandu
sentimen sesat dan pengkhianatan terhadap demokrasi di Malaysia.
Kebebasan dan demokrasi sedap mulut
Ya. Biarpun keseluruhan praktis demokrasi tidak tersekat kesemuanya,
kerendahan akal dan pemahaman sebahagian makhluk penyokong UMNO-BN ini
terhadap demokrasi dan kebebasan tidak salah kalau kita letakkan bahawa
demokrasi di Malaysia cuma buat sekadar sedap di mulut. Biar cantik di
pandang kata orang.
Paling menjelakkan, Perdana Menteri Najib Razak sewenang-wenang
berbangga mengumumkan bahawa Malaysia mahu menjadi negara demokrasi
terbaik di dunia.
“Najib bikin
joke saja” kata seorang teman dari Sabah.
Demokrasi apa kalau semakin hari kita diperlihat dengan tauladan
songsang yang ditunjukkan pemimpin dan penyokong UMNO. Demokrasi apa
kalau semakin hari rakyat makin tersepit dicelah pelbagai akta yang
kononnya untuk kesejahteraan negara tetapi secara langsung menyekat
kelangsungan hayat demokrasi dan erti kebebasan itu sendiri.
Ya. Kita boleh akui bahawa kita telah lama bebas dari penjajah, bebas
untuk makan apa sahaja tanpa melihat tanda ‘halal’ pun di restoran,
bebas untuk bekerja maupun mengganggur, bebas untuk terbang kemana
sahaja selagi tidak di blacklist PTPTN dan sebagainya.
Walaupun kita tidak bermaksudkan mahu kebebasan tanpa batasan. Malah
prinsip kebebasan itu terikat dengan sifat kebertanggungjawaban.
Soalnya, siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap kebebasan yang dinodai gerak dan tindakan yang tidak demokratik?
Kebebasan baling cat: ini kebebasan sesat
Bas milik Parti Keadilan Rakyat yang dihumban dengan cat merah
sehingga memberi kesan fizikal tidak pun menyalahi atau melanggar
sebarang undang-undang.
‘Kebebasan’ membaling tong cat tersebut jelas memperlihatkan
kebebasan yang telah dilacurkan seolah direstui pemimpin UMNO-BN
sendiri.
Tindakan khianat tersebut terang-terang mencalari prinsip demokrasi
berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Salakan UMNO-BN yang berbangga
Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang terbaik di dunia sudah terang
sekadar slogan yang memperlihatkan sikap munafik mereka.
Sebagai rakyat yang matang, kita mahukan tindakan serius diambil
menyiasat dan menghentikan segala pelacuran ‘kebebasan’ ini yang semakin
berleluasa.
UMNO-BN boleh saja menafikan bukan mereka yang lakukan, itu mungkin
kumpulan-kumpulan yang tidak berpuas hati kepada Pakatan Rakyat kata
mereka, mungkin. Tetapi sebagai sebuah parti yang menerajui kerajaan,
sebagai parti yang berkuasa, UMNO berkelakuan tidak cerdik membiarkan
pencabulan terhadap kebebasan yang dijamin perlembagaan ini.
Atau, apakah kebebasan yang terkandung dalam prinsip demokrasi ini
sengaja dilacurkan agar UMNO-BN ‘bebas’ melakukan lebih banyak kerosakan
kemudian merangka sebarang akta baru yang lebih dan makin tidak
demokratik?
Demokrasi dan kebebasan di Malaysia telah tersasar jauh dari objektif
negara bangsa yang sebenar. Sebahagian rakyat dilencongkan minda mereka
menjadikan sikap dan tindak-tanduk mereka melambangkan nilai
ketamadunan yang rendah. Inilah malang dan sial bawaan UMNO-BN. Apakah
ini Malaysia yang digahkan sebagai negara demokrasi terbaik di dunia?
Maaflah. Jauh panggang dari api!
-/
roketkini.com
.
0 Komen pengunjong :