Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Hutang Negara Semakin Bengkak Dalam Belanjawan Negara 2013


KUALA LUMPUR : Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.
MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.
Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.
Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.
Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.
Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.
Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada  26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.
Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :

MP Gombak Azmin Ali


“Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan.
“Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh.
“Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange.

 MP Bagan Lim Guan Eng


“Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini.
“Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni.
“Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni.”


MP Kepong Dr Tan Seng Giaw


“Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu.
“Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan.
“Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK.
“Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit.”
 
MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar


“Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang.
“Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan.
“Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia?
“Jadi saya bimbang kalau pun Pakatan berjaya meneraju pemerintahan kita akan mewarisi ekonomi yang bankrup.”
.

0 Komen pengunjong :