Arahan Hishamuddin untuk dakwa Bersih haram adalah ‘tidak rasional’


KUALA LUMPUR, 6 Sept — Sikap tidak konsisten pihak berkuasa membuatkan Mahkamah Tinggi untuk menolak arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein supaya mendakwa Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram atas alasan keputusan beliau itu “adalah tidak rasional.”
“Ia tidak boleh dijadikan alasan orang awam sebagai ancaman kepada keselamatan negara pada 1.7.2011, dan tidak lama selepas itu ... saya berpendapat keputusan untuk mendakwa Bersih sebagai pertubuhan haram adalah tidak rasional,” kata Hakim Mahkamah Tinggi Rohana Yusuf dalam pendakwaan yang diberikan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Pada 24 Julai lalu, beliau memutuskan Bersih 2.0 adalah pertubuhan sah dan mengetepikan arahan menteri yang dibuat tahun lalu, seminggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 7 Julai.
Pertubuhan dengan gabungan 84 NGO itu telah mengetuai ribuan rakyat Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih di ibu negara pada 9 Julai tahun lalu, yang menyaksiakn sekitar 1,600 peserta ditahan dan menjadikan kerajaan bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas parlimen dari parti politik.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Ambiga Sreenevasan dan 13 rakannya dalam Jawatankuasa Pemandu Bersih telah memfailkan semakan kehakiman pada Julai tahun lalu bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menarik semula arahan pengharaman pergerakan itu pada 1 Julai 2011.
Dalam penghakimannya, Rohana menjelaskan selepas Bersih diisytiharkan sebagai bukan pertubuhan haram, wakil menteri kemudiannya terus berbincang dengan pemimpin pergerakan berkenaan berkenaan bagaimana dan di mana perhimpunan berkenaan perlu dilakukan.
Ambiga, katanya turut diberikan penghormatan menghadap Yang Dipertuan Agong. Selain itu, hakim turut menyatakan kejadian selepas pengharaman tersebut menunjukkan perkara sebaliknya.
“Jika ianya didapati menjadi satu ancaman bagi keselamatan negara,  kelakuan responden dalam Bersih pula menunjukkan sebaliknya.
“Ia tidak langsung memberikan kesan terhadap individu yang mendapati masyarakat digunakan untuk tujuan-tujuan memudaratkan bagi kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam,” kata Rohana.
Rohana menyatakan bahawa sebab keselamatan awam untuk mengisytiharkan Bersih haram tidak boleh bertukar dalam tempoh akan datang.
“Responden (Menteri Dalam Negeri) tidak boleh bertindak secara tidak konsisten pada masa yang sama.
“Bagaimanapun, jika sebab keselamatan awam, perkara itu boleh diubah.”
Selain Ambiga, 13 pemimpin-pemimpin lain ialah Maria Chin Abdullah, Datuk Toh Kin Woon, Zaid Kamaruddin, Dr Ahmad Farouk Musa, Arul Prakkash Sinnappan, Haris Fathil Mohamed Ibrahim, Andrew Khoo Chin Hock, Liau Kok Fah, Wong Chin Huat, Datuk Yeoh Yong Poh danYeo Yong Woi.
Kumpulan itu telah mengadakan satu lagi perhimpunan pada 28 April tahun ini untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya untuk dikuatkuasakan sebelum pilihan raya umum ke-13 dijangka kelak.
.

0 Komen pengunjong :