Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat isu perlaksanaan hudud dan
mewujudkan negara Islam bukan soal kompromi antara parti politik atau
tidak tetapi ia adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan untuk
menunaikan perintah Allah
Tun Mahathir telah menunjukkan kedangkalannya bila melihat
perlaksanaan hudud hanya pada sudut menyatukan antara parti politik
dengan mengajak PAS bersama Ummo.
Beliau lupa betapa ketika beliau berkuasa hudud dikecam oleh beliau
sendiri dengan menuduh hudud sebagai undang-undang lapuk, tidak boleh
dilaksanakan kerana akibatnya akan ramai yang kudung di negara ini
bahawa undang-undang ini tidak sesuai dalam masyarakat majmuk.
Bukan sahaja beliau adalah watak utama yang menghalang perlaksanaan
hudud di negara ini malah beliau sendiri adalah orang yang paling vokal
menyatakan Islam tidak boleh dilaksanakan sepenuhnya dinegara ini kerana
negara ini mempunyai masyarakat berulang kaum.
Pengisytiharan
bahawa negara ini adalah negara Islam yang beliau ungkapkan tidak
terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang
sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau.
Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu
sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman
beliau.
Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah
hudud PAS. Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan
ianya adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa
hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak
apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud.
Penolakan
perlaksanakan hudud oleh Karpal Singh tidak mengejutkan kerana beliau
seorang bukan Muslim dan hujah beliau adalah berdasarkan perlembagaan
negara. Namun penolakan hukum hudud oleh Umno yang bersekongkol dengan
MCA, Gerakan selama 55 tahun berkuasa, yang jelas membantah perlaksanaan
hukum hudud, adalah lebih parah.
Kenapa pemimpin-pemimpin Umno
bersikap mengelak dan membisu untuk menyatakan pendirian ketika MCA dan
Gerakan dengan lantang menolak perlaksanaan undang-undang Islam
sepenuhnya?
Bukankah sejumlah kenyataan Mahathir ketika menjadi
Perdana Menteri membuktikan beliau adalah orang yang paling keras
menolak perlaksanaan hudud dan perlaksanaan sistem Islam secara
menyeluruh?
Malah beliau mengecam ulama yang berpendirian tegas untuk menuntut
hukum hudud dan perundangan Islam dilaksanakan secara menyeluruh. Malah
jika disemak semua kenyataan beliau mengenai hukum hudud, sepatutnya
para mufti menegurnya beliau dari awal lagi kerana kenyataannya boleh
menjejaskan aqidahnya.
Sekarang kerana terdesak untuk mendapat
pengundi Melayu, Mahathir menyerang PAS untuk memutuskan hubungan dengan
DAP dalam Pakatan Rakyat.
Mahathir ternyata bermuslihat
politik oportunis untuk meretakkan hubungan di kalangan parti politik
musuh Umno Barisan dan cuba mengujudkan polemik dalam masyarakat untuk
menolak gelombang Pakatan Rakyat.
Mempolitikkan hukum hudud untuk meraih undi Melayu inilah yang Teras
kesali dan mengutuk sekeras-kerasnya. Sesungguhnya isu ini sudah terlalu
lama diketengahkan secara bermusim oleh media arus perdana sehingga
yang menjadi mangsa ialah masyarakat awam kerana terperangkap dengan
perbahasan bersetimenkan politik bukan berasaskan ilmu.
Pernyataan seorang Ahli Adun Umno di Johor supaya hudud dilaksanakan itu
sendiri tidak disambut oleh pimpinan Umno sendiri apatah lagi Umno mahu
benar-benar serius untuk melaksanakan hukum hudud di peringkat pusat.
Kini polemik hukum hudud sekali lagi dilontar oleh media bertujuan mengujudkan kesangsian rakyat kepada Pakatan Rakyat.
Pendekatan yang sepatutnya Umno lakukan ialah menyatakan sikapnya
terhadap MCA dan Gerakan dalam isu ini dan mengusulkan sokongan kepada
hukum hudud di Parlimen.
Hukum hudud bukan untuk dipersendakan
dan untuk dilayan bagaikan bola yang dilontar ke sana ke mari. Pemimpin
Umno harus insaf bahawa isu ini adalah isu hukum Allah yang semua insan
Muslim yang memegang kuasa akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
nanti
Teras mendesak agar semua pihak menghentikan polimik
hukum hudud yang menghina hukum Allah dan mencari jalan dengan
bersungguh agar perlaksanaan hukum Islam dimartabatkan kepada taraf yang
sewajarnya.
Perbahasan bertujuan mengambil kesempatan
menyerang parti politik lawan tidak akan membawa apa-apa makna malah
hukum Allah diletakkan ke taraf yang hina bila dihujah oleh mereka yang
jahil dan bersikap sembrono kepada perundangan Islam.
Penulis ialah Presiden Teras.
.
0 Komen pengunjong :