Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tahanan ISA didera, isteri mangsa ditipu polis


KUALA LUMPUR: Nunur Heni Onim, isteri kepada seorang tahanan ISA Razali Kassan kesal kerana suaminya dibelasah pegawai Kem Kamunting walaupun beliau tidak mengadu kepada mana-mana pihak luar.
Sambil menangis teresak-esak, ibu kepada dua anak itu berkata,  polis yang hanya dikenali sebagai Tuan Ayub memberi jaminan keselamatan suaminya jika beliau tidak menghubungi peguam, media atau badan bukan kerajaan (NGO).
“Saya terperanjat bila dengar cerita sebenar  suami yang dia dibelasah (ketika melawatnya) semalam. Suami beritahu saya, pegawai kem memukulnya kerana marah lantaran  mereka mengadakan mogok lapar.  Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya dibelasah berkali-kali selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Jalan Raja Laut pagi tadi.
Beliau berkata, keadaan suaminya lemah dan pucat ketika melawatnya semalam.
“Tuan Ayub juga pernah kata, tahanan sentiasa dijaga baik dan kezaliman ISA hanyalah cerita pembangkang,” katanya yang menyara hidup dengan mengambil upah menjahit.
Nunur Heni berasal dari Jawa Barat, Indonesia dan berhijrah ke sini selepas mengahwini Razali enam tahun lalu dan menetap bersama ibu Razali di Felda Ulu Tebrau, Johor.
Turut hadir ialah peguam dari Lawyers for Liberty (LFL), Muhammad Afiq Noor dan Mohd Harris Idaham, Ahli Jawatankuasa GMI, Aliza Jaafar.
Memorandum tuntutan diserahkan wakil GMI, Ahmad Syukri Abdul Razab kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani pada jam 12.07 tengah hari.
Antara tuntutan ialah menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap tahanan yang menyertai mogok lapar dan jaminan tidak menghalang peguam, doktor dan keluarga berjumpa dengan tahanan.
.

0 Komen pengunjong :