Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Selagi kezaliman berleluasa, Anwar tak boleh bersara


BAYAN BARU : Rakyat negara ini masih lagi memerlukan khidmat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengemudi dan membawa perubahan besar dalam negara.
“Anwar tidak boleh bersara selagi negara belum mencapai kemerdekaan sebenar dari perakus kuasa, pelahap duit rakyat dan perasuah yang bermaharajalela.
“Beliau menjadi penggerak reformasi dalam negara sejak 1998 sehinggalah sekarang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Maung itu, Abdul Malik Abul Kassim.
Malik berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim di Parlimen Permatang Pauh pada 8 Julai lalu.
“Semangat kebangkitan rakyat yang dicetuskan Anwar membawa kepada kelahiran KEADILAN. Beliau amat berbeza dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi mahupun Datuk Seri Najib Razak.
“Perdana Menteri sekarang belum pernah diuji dengan sepak terajang, ditelanjang, difitnah, difitnah kononnya ejen Yahudi, ejen Amerika, pengkhianat Melayu dan pelbagai tohmahan lagi.
“Anwar juga tidak setanding dengan mana-mana Perdana Menteri dalam negara. Fitnah liwat, video seks yang direka cipta musuh politiknya juga tidak mampu untuk menyahkan beliau dari persada politik tanah air,” katanya.
Baru-baru ini, Anwar dalam wawancara dengan media antarabangsa, menyatakan hasrat berundur dari politik jika Pakatan Rakyat gagal pada pilihan raya umum ke-13 manakala musuh politiknya pula beriya-iya mahu Ketua Pembangkang itu bersara.
.

0 Komen pengunjong :