Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Roboh Plaza BB, kenapa membisu?


PETALING JAYA: Pertubuhan Warga Aman, sebuah NGO mewakili masyarakat India hari ini mempersoal kenapa dua NGO peniaga Melayu membisu berikutan rancangan kerajaan untuk merobohkan Plaza Bukit Bintang untuk memberi laluan kepada pembinaan setesen MRT Sungai Buloh-Kajang.
Dua NGO peniaga Melayu yang dipersoalkan itu ialah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dan Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL).
“Kenapa IKHLAS membisu dan berdiam diri? Kononnya selama ini IKHLAS memperjuangkan hak, serta membela nasib dan masa depan peniaga terutamanya peniaga Bumiputera.
“Jika IKHLAS benar-benar ikhlas dan tidak memilih bulu kenapa tidak mengadakan protes di depan Plaza Bukit Bintang? Barulah rakyat akan percaya kesungguhan serta perjuangan sebenar IKHLAS,” kata S Barathidasan dalam satu kenyataan media.
Persoalan ini ditujukan kepada Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah kerana 60 peratus peniaga yang beroperasi di Plaza Bukit Bintang terdiri daripada peniaga Melayu.
Kepada Pengerusi MBPKL, beliau menyoal, “ke mana perginya Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur dan Datuk Jamal Md Yunus yang lebih dikenali sebagai Taukeh Sekinchan Ikan Bakar yang sibuk-sibuk dengan agendanya tersendiri kononnya membela nasib para peniaga yang mengalami kerugian semasa himpunan Bersih 3.0?”
Barathidasan berkata demikian ketika mengulas rancangan perobohan kompleks membeli-belah yang berusia 35 tahun itu dan kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Jejas agenda Bumiputera
Empat hari yang lalu pemilik Plaza Bukit Bintang, Uda Holdings Berhad telah mengumumkan cadangan perobohan kompleks tersebut untuk tujuan pembinaan setesen dan laluan trek MRT Sungai Buloh-Kajang.
Pergerusi Uda Holdings Berhad Nur Jazlan Mohamed yang juga ahli parlimen Pulai berkata pembangunan semula kompleks tersebut akan menjejaskan agenda Bumiputera kerajaan kerana 60 peratus peniaga di situ terdiri daripada orang Melayu.
Ikhlas dan MBPKL sebelum ini telah mengadakan protes gerai burger dan perhimpunan di hadapan rumah Pengerusi bersama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk S Ambiga bulan lepas.
Mereka berbuat demikian sebagai protes terhadap perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu yang didakwa menjejaskan mata pencarian mereka.
.

0 Komen pengunjong :