Insiden
yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam
membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya
20008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU
yang lalu. Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang
terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh
ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya
rasuah boleh dielakkan.
Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan
prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di
Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng
dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang telah menunjukkan perbezaan
ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk
mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008 dahulu.
Justeru kata-kata pemimpin-pemimpin BN yang mengatakan mereka (BN)
akan mengambilalih Pulau Pinang di dalam PRU 13 ini hanyalah merupakan
kenyataan untuk menyedapkan hati sendiri dan tindakan psikoloji sahaja.
Keputusan PRU 13 sebenarnya sudah ditentukan. Pulau Pinang akan tetap
berada ditangan PR, malahan lebih kuat lagi selepas PRU itu nanti.
Oleh kerana itulah nampaknya pihak BN melalui Perkasa telah melakukan
perkara-perkara yang mengaibkan dengan mengasari pemimpin yang telah
dipilih oleh rakyat dan sikap kurang ajar pihak yang mengasari Ketua
Menteri itu merupakan ‘reflection’ yang jelas tentang nilai dan budaya
pihak yang dalam keadaan ‘desperado’ di negeri itu. Kejadian yang
menimpa Ketua Menteri itu merupakan kejadian yang sangat tidak
bertamaddun yang dilakukan oleh kumpulan dari Perkasa itu.
Jika BN hendak menang dalam pilihanraya tunjukkan kelakuan yang baik,
kerana kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu itu adalah disebabkan
BN khususnya UMNO tidak mempunyai budaya yang baik yang secocok dengan
zaman dan waktu ini. Budaya kasar mengkasari ini hanya berlaku di zaman
batu dahulu. Di zaman batu dulu siapa yang mempunyai lengan dan
penumbuk yang besar merekalah yang berjaya.
Zaman sekarang manusia mahu dipimpin oleh pemimpin yang menggunakan
otak dan pemikiran, bukan menggunakan buku lima atau dengan lengan yang
berotot besar. Tetapi nampaknya pihak polis masih lagi tidak mengambil
tindakan terhadap penjenayah itu kerana penjenayah itu datangnya dari
pihak atau dari penyokong BN khususnya UMNO.
Sesiapa boleh menyokong sesiapa, tetapi jika BN disokong oleh kaki
gaduh dan samseng, bagaimanalah rakyat yang berfikir akan menyokong
mereka. Rakyat tidak mahu pimpinan yang menyerupai pimpinan Iddi Amin
dari Uganda suatu ketika dulu.
Tetapi apa yang kita harapkan agar LGE bersabar dan teruskan kerja
baik yang anda telah lakukan di Pulau Pinang selama empat tahun ini
sehinggakan negeri itu menjadi sebuah negeri yang premium jika
dibandangkan dengan kerajaan negeri-negeri yang ditadbir oleh BN.
Jagalah keselamatan anda dengan baik kerana nampaknya pihak polis tidak
begitu ‘magnanimous’ dalam menjalankan tugas sebagai pengawal
keselamatan rakyat dan negara.
Sikap ganas pihak Perkasa dan penyokong BN sekarang ini bukannya
kerana apa: ia adalah kerana BN akan tersungkur kerana sikapnya sendiri.
Bukannya salah sesiapa yang lain.
-/ http://aspanaliasnet.blogspot.com
.
0 Komen pengunjong :