Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Polisi kerajaan gagal punca Najib takut debat


KUALA LUMPUR 9 Julai: Kegagalan polisi kerajaan termasuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP) punca Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak takut untuk berdebat, kata Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Sim Tze Tzin.
“NKRA tak berfungsi, ekonomi tak memberangsangkan seperti yang dicatat Model Ekonomi Baru telah membuktikan kegagalan Najib dalam memerintah. Sebab itu beliau takut untuk berdebat dan membentangkan polisi kerajaan,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu turut menyifatkan, keengganan Najib untuk berdebat dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti kelemahan Najib sebagai ketua pemimpin.
“Dah berkali-kali Najib mengelak untuk berdebat, itu menunjukkan kelemahannya sebagai seorang pemimpin.
“Bukan itu saja, anak muda juga merasa tidak yakin terhadap kepimpinan Najib, sedangkan ahli politik muda seperti Rafizi (Ramli) dan Khairy (Jamaluddin) boleh berdebat, kenapa tidak mereka yang lebih berpengalaman?” soal Sim.
Beliau mengulas ‘Debat 2.0 DAP dan MCA: Dasar siapa memberi lebih manfaat kepada negara?’ yang berlangsung semalam, menyaksikan pertembungan kali kedua antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
“Guan Eng dan Soi Lek sudah dua kali berdebat, Anwar-Najib bila lagi? Kawan-kawan saya dari Barisan Nasional pun ternanti-nanti,” kata Sim lagi.
Dalam program debat itu juga, Guan Eng turut mencabar Najib berdebat dengan Anwar.
.

0 Komen pengunjong :