Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Pembebasan Anwar tak bermakna badan kehakiman bebas – Peguam

KUALA LUMPUR 11 Julai: Pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II, langsung tidak membuktikan badan kehakiman negara bebas daripada campur tangan badan eksekutif, kata Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.
“Hanya kerana Anwar dilepaskan 9 Januari lalu, tidak bermakna badan kehakiman bebas, apatah lagi kenyataan itu keluar dari mulut seorang bekas ketua hakim yang mendapat konsesi lebuh raya bernilai RM2.2 bilion,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Tun Zaki Azmi kononnya sejak beliau menjadi Ketua Hakim Negara bermula pada 2008, Perdana Menteri atau Menteri Kabinet lain tidak pernah campur tangan atau bertanya tentang kes-kes yang berjalan di mahkamah.
“Sepanjang perbicaraan Anwar untuk kes Fitnah II, banyak kali rayuan dibuat agar kes dihentikan kerana nyata tiada bukti tetapi tetap diteruskan sehingga mahkamah betul-betul terpaksa bebaskan (Anwar), seolah-olah kes itu hanya untuk memburukkan reputasi dan menyusahkan Anwar ke mahkamah setiap hari,” jelas beliau.
Latheefa yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat berkata, hanya kes yang berkepentingan boleh menguji kebebasan sistem mahkamah di negara ini, seperti kes pembunuhan Teoh Beng Hock dan Altantuya Shariibuu.
“Bila melibatkan kes berkepentingan, proses akan menjadi lambat. Lihat seperti kes rayuan Altantuya yang masih belum selesai sampai sekarang, sedangkan kes itu sudah masuk enam tahun berlalu,” katanya.
“Contoh lain bila (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) diarahkan hadir ke mahkamah, tapi mahkamah kata tak perlu, begitu juga bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri tak perlu hadir untuk menjadi saksi (dalam kes Fitnah II),” tambahnya.
“Banyak lagi bukti ketidakbebasan mahkamah, justeru kita (KEADILAN) sekali lagi mempersoal bagaimana Zaki dan Hafarizam boleh dapat konsesi lebuh raya yang berbilion ringgit itu,” tegasnya.
Februari lalu, KEADILAN mendedahkan isu pemberian konsesi Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) berharga RM2.2 bilion melibatkan keluarga Zaki dan Penasihat Undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.
.

0 Komen pengunjong :