Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Najib rancang kemusnahan untuk diri dan BN


KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang merancang kemusnahan untuk dirinya dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke- 13 (PRU13).
Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, Najib kini yang sangat tertekan telah merosakkan parti itu serta dirinya dengan mencerca Pembangkang setiap kali muncul pada program kerajaan.
“Dari sudut psikologi, orang yang tertekan atau ‘stress’ apabila sampai satu masa akan hilang kawalan diri.
“Begitu juga Najib, dia sebenarnya semakin hilang kawalan kerana kalau dia (Najib) masih waras, dia tidak akan mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan ketidakwibawaan beliau sebagai pemimpin,” katanya.
Fuziah mengulas tindakan Najib yang semakin kerap menggunakan kapasitinya sebagai Perdana Menteri untuk menyerang dan menghasut rakyat di setiap program dihadiri beliau.
“Tindakan itu seolah-olah merancang kemusnahannya sendiri, membuatkan rakyat semakin meluat. Kita tunggulah saat kehancuran dia dan BN,” kata Fuziah lagi.
Sementara itu, N Surendran yang juga Naib Presiden KEADILAN turut menggesa Najib menghentikan serangan memfitnah Pakatan Rakyat melalui penyalahgunaan kuasa sebagai Perdana Menteri.
“Kita boleh terima jika kritikan itu adalah rasional, tapi kita menolak sama sekali cara Najib yang menyebarkan fitnah dan tuduhan di kaca televisyen dan akhbar arus perdana,” kata Surendran.
Jumaat lalu, Najib menyatakan kononnya Pakatan suka mengajar perkara-perkara yang tidak baik kepada rakyat termasuk “hutang tak perlu dibayar”, “budi tak perlu dikenang” dan “janji tak perlu ditepati”.
Semalam, Najib sewaktu melancarkan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, ‘55 Tahun Merdeka Janji Ditepati’ di Bangi, mengkritik kononnya kerajaan Selangor gagal menunaikan janji dan menipu rakyat, malah beliau turut mengatakan ekonomi negara akan ranap sekiranya Buku Jingga dilaksanakan.
.

0 Komen pengunjong :