Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Tolak soalan Pakatan di Parlimen: Apa yang BN takutkan?

KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional dilihat cuba menyembunyikan sesuatu apabila soalan berkenaan kes kapal selam Scorpene dan skandal PKFZ yang diajukan oleh Pakatan Rakyat di Parlimen telah ditolak.
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok melahirkan kekecewaan apabila dua soalan beliau itu yang diajukan kepada Parlimen ditolak walau pun mendapat perhatian rakyat dan melibatkan unsur salah guna dana pembayar cukai.
“Antara sebab penolakan yang diberi oleh Setiausaha Parlimen kepada saya ialah, pertama, soalan mengenai Scorpene merupakan pandangan atau andaian di mana yang tidak timbul di mahkamah dan kedua, soalan mengenai kes PKFZ ditolak kerana ia merupakan kes yang sedang berlangsung di mahkamah,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua alasan itu bertentangan sama sekali dan tidak masuk akal kerana Parlimen adalah saluran yang sah untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara.
Dua soalan Teresa, yang juga Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, adalah:
1)  Adakah Perdana Menter Najib Razak akan hadir di mahkamah Perancis bagi memberi keterangan mengenai kes Scorpene jika disapina dan adakah kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemilih bagi menyiasat pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan bayaran komisyen kepada syarikat Perimekar dan Terasai; dan
2)  Kenapa Menteri Pengangkutan merujuk kepada kes PKFZ mengarahkan bayaran kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) tanpa mendapat nasihat dari peguam Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan bagaimana pihak kementerian mendapatkan semula dana dari KDSB, adakah LPK  perlu memenangi RM1.6 billion saman ke atas KDSB?
“Sama ada soalan tersebut merupakan andaian atau bersifat prejudis kepada kes yang tidak timbul mahu pun yang sedang berlangsung di mahkamah, ia cuma mempersoalkan sama ada pihak kerajaan akan bertindak terhadap isu yang melibatkan kepentingan awam dan apakah akan ada sebarang cadangan untuk menyiasat dan mengatasi perkara ini,” jelas beliau.
Beliau juga menerangkan bahawa soalan yang beliau ajukan berkaitan skandal PKFZ yang bernilai RM12.5 billion itu tidak berkait dengan kes yang sedang berlangsung tetapi mengenai sama ada Menteri Pengangkutan akan meneruskan pembayaran RM733 juta kepada KDSB seperti mana nasihat yang diberi oleh peguam LPK.

–/ Roketkini.com
.

0 Komen pengunjong :