Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

Skandal Scorpene: Najib malukan Malaysia


KUALA LUMPUR 8 Jun: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah memalukan Malaysia kerana enggan menjawab skandal Scorpene walaupun ia semakin mendapat perhatian antarabangsa.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menempelak tindakan Najib yang turut mengelak dan mempertahankan diri berhadapan Mahkamah Perancis sedangkan isu ini menjadi buah mulut masyarakat antarabangsa.
“Ia sudah menjadi isu antarabangsa, bukan isu dalam negara. Kalau benar beliau tidak terlibat, buktikan di Mahkamah Perancis…tidak cukup dengan penafian dalam media propaganda Umno BN sahaja,” katanya dihubungi Keadilan Daily.
Surendran berkata, sikap berdolak-dalik Najib membuktikan dia memang terlibat dalam skandal berkenaan.
“Jika benar dia (Najib) tidak bersalah, kenapa sehingga sekarang dia masih enggan menjelaskan kepada umum melainkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan,” kata Surendran.
Malta Today semalam melaporkan, Ahli Parlimen Malta, Evarist Bartolo mendedahkan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar telah ‘dibersihkan’ melalui Malta.
Bartolo mendakwa Gifen iaitu syarikat perunding kewangan milik Perancis berpangkalan di Malta merupakan pihak bertanggungjawab ‘membersihkan’ komisen haram tersebut.
Kini Gifen disoal oleh polis Perancis ekoran peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Pendakwa Perancis dikatakan telah menemui kaitan Gifen selepas mereka meneliti dokumen dan laporan sulit dalaman DCN dan Kementerian Pertahanan Perancis.
Pada 4 Jun lalu, The Phnom Penh Post serta wartawannya di ruangan Regional Insider – Roger Mitton mendedahkan pernah bertemu Abdul Razak Baginda di Venice, Itali, pada persidangan Asean-Eropah 2002.
Bagaimanapun, Mitton berkata, pertemuan itu hanya seketika kerana Razak memberitahunya beliau diperlukan di Paris bagi perjanjian Scoorpene.
.

0 Komen pengunjong :