Cadang Mahathir, jelas ahli kabinet Najib lemah   Polis siasat Mufti Perak   Mufti dengan fahaman BUGHAHNYA   Setiap kenaikan bebankan rakyat, Najib faham tak?   Masih bergunakah Perdana Menteri kepada kita?   ‘BUGHAH’ berjaya alih isu kenaikan harga barang   Rakyat terbeban, angkara BN gagal mengurus   Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?   Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat   Anak Mahathir kata Perkasa banyak mengarut   Bibit perbezaan Najib dan Muhyiddin mula ketara   Kerajaan Anakku Sazali, siapa Sazali hari ini – Zaharin   Cuba alih isu kenaikan kos sara hidup? - Suaram   Segerakan rekonsiliasi nasional wahai Najib   Zahid patut sambut hari jadi dengan bihun dan kuih sahaja   Kenapa Harussani diam ketika rakyat ditindas?   Najib sudah hilang segala-galanya   Anwar minta Najib buat pendirian dalam debat isu Allah   Jika tidak mahu dikritik jangan jadi kerajaan – Dr Asri   Anak Mahathir sertai perhimpunan  

PAS ramal PRU13 tahun hadapan

KUALA LUMPUR : PAS menjangkakan pilihan raya umum ke-13 berkemungkinan besar akan diadakan pada tahun hadapan, sehingga habis tempoh penggal.

Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali  berkata, Parlimen tidak akan dibubarkan pada tahun ini kerana Selangor tidak akan membubarkan Dun dan bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Mustafa berkata, Umno BN tidak akan berpuas hati jika Selangor tidak turut serta dalam PRU kerana mereka memang mahu merampas kembali Selangor.

"Saya rasa pilihan raya ini tunggu sampai tamat tempoh. Ini bukan saya bergurau, tapi serius.

"Selangor akan berasingan kerana ada masalah dengan daftar pemilih, penambahan pengundi yang ketara," kata beliau kepada Harakah dan Harakahdaily semalam.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,  Dun Selangor tidak akan dibubarkan meskipun kerajaan Persekutuan bertindak membubarkan Parlimen lebih awal namun hanya bersedia menyertai pilihan raya umum ke-13 jika ia diadakan selepas Jun 2012.

Di bawah sistem Persekutuan, negeri mempunyai hak dan kedaulatan untuk menentukan tarikh Dun akan dibubarkan seperti yang dilakukan Sarawak.

Mustafa berkata, Umno BN yakin dapat merampas Selangor dengan menggunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Strategi BN memang nak rampas Selangor. Dia tidak akan puas hati melainkan dia boleh tawan Selangor dengan strategi yang dibuat ini. Dengan kerjasama KDN, SPR dia merasakan ada harapan untuk tawan Selangor.

"Bila Selangor kata tak akan bersama, Umno BN akan tunggu.

"Dia akan buat pada tarikh yang Selangor tak boleh tangguh lagi. Jadi memang pilihan raya tak akan berlaku, akan berlaku tahun depan," katanya.

Mustafa bagaimanapun berkata, PAS bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU ke-13.

"Bagaimanapun dari segi kaedah politik, pilihan raya, PAS tetap bersedia untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.

"Tapi pemikiran dalam BN mungkin pilihan raya sampai kepada tahun depan," katanya lagi.
.

0 Komen pengunjong :