Pengkhianat Negara : Guan Eng Saman Akhbar dan PERKASA


KUALA LUMPUR : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memfailkan saman berjumlah RM50 juta kepada akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, News Straits Times dan Pertubuhan Pribumi Melayu Perkasa (PERKASA) berhubung laporan fitnah yang disiarkan.
Guan Eng juga merupakan Ahli Parlimen Bagan dalam sidang media di Parlimen menegaskan bahawa beliau berbuat demikian kerana laporan yang disiarkan itu menuduh seolah-olah beliau adalah pengkhianat negara dengan menjual maklumat kepada negara asing.
“Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya,” kata Guan Eng.
Tambah Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
“Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung),” kata Guan Eng.
Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.
“Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,” katanya.
.

1 comment :