SHAH ALAM:
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempertikaikan tindakan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mencadangkan Pilihan Raya Umum ke
13 (PRU13) boleh diadakan pada musim haji.
Beliau mempersoalkan tindakan tersebut pada program wacana anjuran Roketkini di sebuah hotel di Shah Alam.
"Tindakan Najib yang ingin mengadakan PRU13 pada musim haji adalah tidak betul dan tidak tepat.
"Najib perlu peka dengan soal ibadat orang Islam, melaksanakan PRU pada musim haji tidak sepatutnya berlaku," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan penganut bukan Islam juga tidak
akan bersetuju jika pilihan raya diadakan pada waktu musim perayaan
atau keagamaan mereka.
"Bagaimana Najib nak melaksanakan dalam
musim haji yang jelas ia merupakan ibadat kepada umat Islam," sambung
beliau lagi pada program wacana bertajuk 'Benarkah Dasar DAP Mengancam
Islam'.
Pensyarah Universiti Islam Antarabanga Malaysia (UIAM)
Dr Maszlee Malek turut menjadi ahli panel sementara Ketua Pegawai
Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan bertindak sebagai moderator.
.
LIVE STREAM TV PENANG & live siaran lansung ceramah pakatan rakyat( TV PAKATAN RAKYAT )JOM DENGAR CERAMAH CERAMAH ISU TERBARU DARI PAKATAN RAKYAT DI SINI
ReplyDelete>>>>>> http://vecasts.blogspot.com/2012/06/penang-tv-live-stream-malaysia.html <<<<<